Artikel Terkini

Tuduhan Zahid lantik Nurul sebagai Pengerusi MQ Tech tidak benar

Tuduhan Zahid lantik Nurul sebagai Pengerusi MQ Tech tidak benar
Tuduhan Zahid lantik Nurul sebagai Pengerusi MQ Tech tidak benar 1

KUALA LUMPUR – Berita yang tular bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah melantik anaknya, Datuk Nurulhidayah sebagai Pengerusi MQ Tech setelah menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah tidak benar dan dibuat dengan niat jahat.

Perkara itu dinyatakan dalam notis bertarikh 6 Disember 2022 yang dikeluarkan oleh firma guaman Tetuan Abu Talib Shahrom bagi mewakili Nurulhidayah.

Menurut firma guaman itu, kerajaan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam MQ Tech.

“Untuk pengetahuan umum, MQ Tech adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia sejak 2004 dan pelantikan serta pembabitan anak guam kami dalam MQ Tech adalah sejak Jun 2022,” jelasnya.

Notis tersebut dikongsi oleh Nurulhidayah dalam laman Instagram miliknya, semalam.

Tetuan Abu Talib Shahrom menegaskan, Nurulhidayah yang juga anak guam mereka telah mengenal pasti beberapa hantaran media sosial serta individu-individu yang terlibat memuat naik berita palsu itu.

“Oleh yang demikian, anak guam kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika hantaran-hantaran tersebut tidak ditarik balik oleh pihak-pihak yang terlibat dalam masa tiga hari dari notis ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tuduhan Zahid lantik Nurul sebagai Pengerusi MQ Tech tidak benar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list