Artikel Terkini

Tular rusuhan premis politik di Kuantan video lama

Tular rusuhan premis politik di Kuantan video lama
Tular rusuhan premis politik di Kuantan video lama 1

KUANTAN – Dakwaan mengatakan berlaku rusuhan oleh sekumpulan lelaki di sebuah pejabat parti politik di sini merupakan video lama yang ditularkan kembali.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya mendapati video berkenaan merupakan kejadian rusuhan yang berlaku pada 23 Mei 2014.

Menurutnya, video yang sama ditularkan semula pada hari ini.

“Video tersebut memaparkan gambar dua pemimpin sebuah parti politik semasa. Sebanyak tiga laporan polis telah dibuat berkaitan kejadian berkenaan dan kertas siasatan telah dibuka oleh polis di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Wan Mohd Zahari, siasatan lanjut  telah dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Polis percaya video yang dirakam oleh individu atau orang awam pada lapan tahun lepas telah ditularkan semula dengan menambah gambar pemimpin parti semasa bagi menghangatkan situasi politik sekarang.

Polis ingin memberi amaran kepada semua masyarakat bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang cuba untuk memecahkan keamanan atau menimbulkan kegusaran kepada ketenteraman awam di bawah Sekyen 504 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman sehingga dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Wan Mohd Zahari berkata, tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa kepada hukuman sehingga dua tahun penjara atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya juga boleh dikenakan kepada mana-mana individu yang menularkan video berkenaan.

Polis juga menasihatkan kepada semua masyarakat agar menghentikan sebarang penyebaran video atau apa-apa artikel berbentuk spekulasi dan tidak memberikan sebarang manfaat kepada masyarakat. – MalaysiaGazette

Tular rusuhan premis politik di Kuantan video lama 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list