Artikel Terkini

Tun Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Tun Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau
Tun Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Singapura dan kepulauan Riau sepatutnya dikembalikan kepada Malaysia sebagai kerana wilayah terbabit adalah sebahagian daripada tanah Melayu, lapor Yahoo News Malaysia.

Bercakap di hadapan penonton yang hadir ke acara Aku Melayu: Survival Bermula yang bertajuk Melayu dan Kelangsungan Bangsa, Tun Mahathir berkata, “Kita seharusnya menuntut bukan sahaja Pedra Branca, atau Pulau Batu Puteh, dikembalikan kepada kita, sebaliknya kita juga harus menuntut supaya Singapura dan kepulauan Riau dikembalikan kepada Malaysia sebagai tanah Melayu.”

Tambah Tun Mahathir lagi, sejarah membuktikan bahawa tanah Melayu terbentang dari Isthmus of Kra di selatan Thailand hingga ke Kepulauan Riau.

“Tetapi hari ini, kita hanya tinggal semenanjung… Saya tertanya-tanya sama ada kita akan terus memiliki semenanjung ini. Saya bimbang masa depan orang Melayu, adakah tanah semenanjung itu juga akan dimiliki oleh pihak lain,” katanya lagi sambil menambah bahawa orang Melayu miskin dan mereka yang miskin tidak boleh menegakkan hak mereka.

“Ramai orang Melayu tidak sedar bahawa negara mereka yang dahulunya besar menjadi kecil. Dan negara kecil ini pun mereka akan rugi kerana miskin,” katanya lagi.

Pada tahun 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menganugerahkan Pedra Branca kepada Singapura. Malaysia memohon semakan penghakiman pada 2017 tetapi menarik balik permohonan semakan itu setahun kemudian selepas Tun Mahathir menjadi perdana menteri buat kali kedua.

Singapura adalah tanah Melayu, kata pendakwah Indonesia selepas dilarang masuk ke negara itu. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Singapura Adalah Tanah Melayu, Kata Pendakwah Indonesia Selepas Dilarang Masuk Ke Negara Itu

Ilmuwan Singapura Jangka Bahasa Melayu Akan Diajar Dalam Bahasa Inggeris Pada Masa Hadapan

Demi Rezeki Untuk Anak Dan Keluarga, Rakyat Malaysia Jadi Gelandangan Di Singapura

 


Tun Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list