Artikel Terkini

UKM, JNU meterai MoA tubuhkan Kursi Pengajian Tamadun Alam Melayu

UKM, JNU meterai MoA tubuhkan Kursi Pengajian Tamadun Alam Melayu
UKM, JNU meterai MoA tubuhkan Kursi Pengajian Tamadun Alam Melayu 1

BANGI – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jawaharlal Nehru University (JNU), India telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) bagi menubuhkan Kursi Pengajian Tamadun Alam Melayu di School of Language, Literature and Culture Studies, JNU, India.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, kesediaan UKM melebarkan sayap pengajian tamadun Melayu di India adalah bukti harapan dan aspirasi universiti dalam mengangkat bahasa dan tamadun Melayu di persada antarabangsa.

”Kursi Pengajian Tamadun Melayu di JNU, India akan berperanan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu menerusi aktiviti kolaborasi penyelidikan, penerbitan bersama, pengajaran, persidangan dan jaringan strategik antara kedua-dua universiti awam di negara masing-masing.

”Keupayaan UKM menawarkan Bahasa Melayu dan Ilmu Ketamadunan Melayu sebaris dengan bahasa dan budaya asing yang ditawarkan di School of Language, Literature and Culture Studies, JNU yang mana Bahasa Melayu dan budaya Melayu dapat diajar dalam makmal bahasa yang lengkap selain kemudahan multimedia yang terdapat di fakulti ini,” katanya.

Menyorot sejarah penubuhan Kursi ini, idea dan hasrat ini tercetus semasa dalam lawatan kerja mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ke India pada Mei 2022 diiringi oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof Emeritus Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak dan Pro Canselor University of Cyberjaya, Tan Sri Dato’ Dr. R. Palan.

Hasrat ini adalah kesinambungan daripada Kursi-kursi Pengajian Melayu yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), termasuklah Kursi Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Belanda (1993), University Victoria of Wellington, New Zealand (1997), Beijing Foreign Studies University (2007) dan Hankuk Foreign Studies University, Seoul (2008).

Justeru Kursi di Jawaharlal Nehru University, India ini adalah merupakan peluasan konsep “Pengajian Melayu” yang sedia ada.

Mohd Ekhwan berkata, Penyandang Kursi yang bakal dilantik akan berperanan untuk memperkenalkan bahasa Melayu dan menarik minat para pelajar di JNU untuk mempelajari bahasa dan budaya ketamadunan Melayu setanding dengan subjek bahasa dan budaya pelbagai bangsa yang diajar di pusat
pengajian bahasa asing di JNU.

Selain itu, menurutnya, penubuhan kursi ini juga bermatlamat mendokong usaha Kementerian Pendidikan Tinggi dalam menggalakkan ahli akademik, dan mahasiswa memperkaya dan memperluas bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu di serata dunia.

Sementara itu, Naib Canselor JNU, Prof. Santishree Dhulipudi Pandit berkata, MoA berkenaan merupakan peristiwa bersejarah bagi kedua- dua universiti itu yang mampu mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan India.

Menurutnya, menerusi kerjasama tersebut, bahasa Melayu akan dimasukkan ke dalam senarai32 subjek bahasa asing yang ditawarkan di universiti berkenaan. – MalaysiaGazette

UKM, JNU meterai MoA tubuhkan Kursi Pengajian Tamadun Alam Melayu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list