Artikel Terkini

Usop Syukur Berjaya Beli Kereta Mewah Mercedes Benz

Usop Syukur Berjaya Beli Kereta Mewah Mercedes Benz
Usop Syukur Berjaya Beli Kereta Mewah Mercedes Benz 1

Sudah lama menyimpan hasrat membeli kereta idamannya itu, penyanyi Usop akhirnya berjaya memiliki kereta mewah Mercedes Benz AMG.

Memetik mStar Online, Usop meluahkan rasa syukur di atas rezeki diberikan serta tidak sangka mampu memiliki kereta berkenaan di usia muda.

BACA: Usop Ditegur Ibu Gara-Gara Kongsi Berita Isteri Hamil Terlalu Awal

“Sudah lama pasang impian mahu memiliki kereta seperti itu. Selama ini saya hanya tengok atas jalan raya orang lain memandu kereta tersebut.

“Kebetulan ada orang mahu beli kereta lama saya dan dapatkan duit itu digunakan sebagai wang pendahuluan untuk beli kereta baru ini.

“Syukur akhirnya impian tercapai. Selepas ini saya mahu beli rumah sendiri pula. Saya anggap rezeki selepas kahwin,” katanya.

Dalam pada itu, Usop berkata dia sedar komitmen sudah semakin tinggi serta sudah bersedia dengan wang simpanan supaya tidak terbeban di masa akan datang.

“Sekarang ini apa sahaja yang saya nak buat tak boleh fikir diri sendiri sebab sudah berkahwin. Saya harus utamakan isteri dan keluarga. Apa lagi saya bakal bergelar bapa tak lama lagi.

“Saya tahu komitmen hidup semakin tinggi jadi saya sudah siapkan simpanan wang pelaburan untuk digunakan di masa akan datang,” katanya.

Usop mendirikan rumah tangga dengan Nur Fatihah pada 4 Februari lalu. Pasangan itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama pada Mac lalu.


Usop Syukur Berjaya Beli Kereta Mewah Mercedes Benz 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list