Infotainment

[VIDEO] Kantoi Tak Balik Rumah, Isteri ‘Tangkap’ Suami Dengan Kawan Sekerja Depan Hotel

[VIDEO] Kantoi Tak Balik Rumah, Isteri ‘Tangkap’ Suami Dengan Kawan Sekerja Depan Hotel
[VIDEO] Kantoi Tak Balik Rumah, Isteri 'Tangkap' Suami Dengan Kawan Sekerja Depan Hotel 1
November 10th, 2021 | by Shira

Kini Trending

[VIDEO] Kantoi Tak Balik Rumah, Isteri 'Tangkap' Suami Dengan Kawan Sekerja Depan Hotel 2

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan perhubungan yang kekal hingga selama-lamanya. Tetapi tidak semua pasangan berpeluang mengecapi kebahagiaan yang dibina hanya kerana kehadiran orang ketiga.

[VIDEO] Kantoi Tak Balik Rumah, Isteri 'Tangkap' Suami Dengan Kawan Sekerja Depan Hotel 4

Baru-baru ini viral satu kisah di media sosial mengenai pengalaman pahit yang dilalui seorang wanita apabila rumah tangganya dilanda badai kerana si suami dikatakan berlaku curang. Wanita yang dikenali dengan nama Miftahul Jannah ini mengakui berasa kurang senang selepas si suami tidak pulang ke rumah.

Bukan itu sahaja, lokasi si suami pada ketika itu yang berada di hotel membuatkan wanita ini lebih curiga. Berikutan daripada itu, Miftahul menuju ke lokasi tersebut dan alangkah terkejutnya apabila melihat kereta si suami berada di hadapan hotel terbabit.

Wanita ini kemudian menunggu dan tidak lama selepas itu dia melihat si suami keluar dari kenderaan lain bersama seorang wanita yang juga merupakan rakan sekerjanya. Miftahul kemudian mendekati mereka dan wanita terbabit menafikan bahawa dia dan lelaki berkenaan tidur sebilik selain mahu memberikan bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

[VIDEO] Kantoi Tak Balik Rumah, Isteri 'Tangkap' Suami Dengan Kawan Sekerja Depan Hotel 6

Menerusi perkongsian lain, ada pihak meminta Miftahul untuk membuat permohonan maaf kerana sudah menyebarkan video berkenaan dan ianya secara tidak langsung memalukan wanita terbabit. Namun, Miftahul seakan tidak bersetuju selain mempersoalkan adakah wajar dia meminta maaf sedangkan dirinya adalah mangsa dan wanita berkenaan adalah ‘dalang’ yang merosakkan rumah tangganya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui geram dengan perkongsian berkenaan malah tidak kurang ada di antara mereka bersetuju dengan tindakan Miftahul melaporkan perkara itu kepada pihak berwajib.

Sumber: TikTok, Instagram Miftahul Jannah


[VIDEO] Kantoi Tak Balik Rumah, Isteri 'Tangkap' Suami Dengan Kawan Sekerja Depan Hotel 8

The following two tabs change content below.


[VIDEO] Kantoi Tak Balik Rumah, Isteri 'Tangkap' Suami Dengan Kawan Sekerja Depan Hotel 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo