Sejak semalam, tular satu ciapan oleh seorang pengguna laman Twitter @fyruzzasyahira atau Faye yang membantu rakannya dalam usaha mencari bakal suami sehingga mendapat sambutan golongan lelaki.
Menurut Faye, rakannya itu sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga tahun ini sekiranya menemui calon sesuai dengan cara mengisi maklumat menerusi borang google.
Assalamualaikum! My bestie is looking for someone yg serious (ready to settle down). If Allah izinkan, by this year. But if next year pun okay (that’s what she said). If berminat boleh isi form ni https://t.co/LePcW3at19 . Please,no DM. Thank you @TwtJodohMY ! pic.twitter.com/ubJdbXTPUU
— Faye (@fyruzzasyahira) May 22, 2022
Terbaru, empunya badan yang dikenali sebagai Syafiqah Ghazali tidak menyangka telah menerima lebih 2,000 permohonan daripada calon yang ingin menjadi suaminya.
Syafiqah berkata, dia mungkin mengambil masa dua minggu bagi melalui dan memeriksa maklumat setiap calon sekali gus memohon maaf kerana terpaksa menutup permohonan itu berikutan terlalu ramai yang mencuba nasib.
“Ramai tanya kenapa borang tu tak boleh isi lagi. Minta maaf permohonan terpaksa ditutup sejak semalam memandangkan terlalu banyak, lebih 2,000 permohonan.
“Ramai yang mesej, minta maaf tak sempat balas. Tak sangka ciapan tu viral sampai Facebook dan ada stesen radio nak berhubung, minta maaf saya tak dapat terima.
“Saya orang biasa sahaja. Semoga kita semua dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk kita. Insya-Allah,” katanya.
Tambah Syafiqah, dia memohon orang ramai supaya memberi ruang untuk dirinya apatah lagi perlu memberikan fokus terhadap kerja ketika ini.
Terdahulu menerusi ‘pengiklanan’ tersebut, Syafiqah menyatakan dirinya fasih berbahasa Perancis termasuk skil rap dalam bahasa itu selain gemar melancong dimana sudah menggembara hampir 20 buah negara.
Sumber: Twitter @fyruzzasyahira , Instagram Syafiqah Ghazali
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar