Artikel Terkini

Walaupun PAS menang 1 kerusi, 4 kerusi UMNO tawar tidak cukup — MYKMU.NET

Walaupun PAS menang 1 kerusi, 4 kerusi UMNO tawar tidak cukup — MYKMU.NET
Walaupun PAS menang 1 kerusi, 4 kerusi UMNO tawar tidak cukup — MYKMU.NET 1

Walaupun PAS menang 1 kerusi, 4 kerusi UMNO tawar tidak cukup — MYKMU.NET 2

PAS tidak dapat menerima tawaran empat kerusi daripada BN untuk mereka bertanding dalam pilihan raya negeri Johor.

“Melaka nak beri dua kerusi. Johor nak beri empat…

“Takkan kita minta sedekah kerusi-kerusi ini? PAS bukan minta sedekah.

“PAS ada kekuatan sendiri,” kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang, menjawab soalan pemberita.

Dalam video bercakap kepada media yang dimuat naik di media sosialnya sebentar tadi, Hadi juga berkata soal kerusi belum ditentukan.

Rundingan juga, katanya, belum dibuat.

Sebelum ini tular satu klip video menunjukkan Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad mendedahkan Umno Johor menawarkan empat daripada 56 “kerusi boleh menang” kepada PAS.

Bagaimanapun, katanya, PAS tidak bersetuju denhan lebih berminat dengan tawaran 15 kerusi daripada Bersatu.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata tawaran itu “bukan cara yang baik” untuk mengukuhkan kerjasama kedua-dua parti.

Selar Kluster Mahkamah

Sementara itu, Hadi turut menyelar tindakan Umno, khususnya ‘Kluster Mahkamah’, yang menurutnya merencanakan pilihan raya di negeri-negeri untuk kembali berkuasa.

“Kalau kita ada moral, lawan saja di mahkamah. Jangan susahkan rakyat. Ini nak susahkan rakyat dengan pilihan raya. Nak selamatkan diri dia susahkan rakyat,” katanya.

Hadi justeru menegaskan supaya strategi pilihan raya negeri tidak diteruskan di negeri-negeri lain kerana “ada batas dan sempadannya”.

“Tapi kita tak mahu nak main-main kerana kita nak menyatukan umat.

“Tetapi kalau Umno nak ambil strategi panjang-panjang, kita ada strategi juga.

“Bila tiba masanya kita akan buat strategi ini,” kata anggota parlimen Marang.

Hadi juga menegaskan “kekuatan” PAS dengan 197 kawasan daripada 220 kawasan parlimen di seluruh Malaysia.

Katanya lagi, PAS juga mempunyai sejuta anggota dengan 800,000 daripada aktif bergiat.

“Banjir di Pahang, banjir di selangor, banjir di Johor. Jentera-jentera PAS turun.

“Orang lihat. Ada yang bina rumah yang rosak satu malam saja siap rumah,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Walaupun PAS menang 1 kerusi, 4 kerusi UMNO tawar tidak cukup — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list