Artikel Terkini

Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,000 disamun berhampiran bank

Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,000 disamun berhampiran bank
Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,000 disamun berhampiran bank 1

KAJANG – Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah lebih RM109,000 yang baru dikeluarkan dari bank untuk disalurkan kepada murid sebuah sekolah di Beranang, Semenyih, dekat sini, disamun.

Ketua Polis daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan pada jam 12.17 tengahari berhubung kejadian pecah kenderaan melibatkan kehilangan wang tunai BAP daripada guru besar sekolah berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa ketika kejadian telah berseorangan dan mengeluarkan wang tunai berjumlah RMRM109,000 dari sebuah bank di Kampung Baru Semenyih yang merupakan wang bantuan awal persekolahan bagi tahun 2023 untuk murid.

“Siasatan lanjut mendapati selepas mangsa menyelesaikan urusan pengeluaran wang di bank itu jam 11 pagi, dia tinggalkan beg berisi wang itu di dalam kenderaannya jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang yang diparkir pada jarak 30 meter dari bank tersebut.

“Mangsa kemudian telah pergi ke sebuah restoran berdekatan untuk membeli minuman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Mohd Zaid, selepas hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaannya, mangsa mendapati cermin keretanya dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang dan beg berisi wang tunai itu hilang disyaki dicuri.

Katanya, bertindak atas laporan polis yang diterima daripada mangsa, polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menyalurkannya berhubung balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933. – MalaysiaGazette

Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,000 disamun berhampiran bank 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list