Artikel Terkini

Wanita Dikecam Tergamak Simbah Nenek Air Lumpur Sampai Mengigil Kesejukan Demi Untuk Dapat ‘Gift’ TikTok

Wanita Dikecam Tergamak Simbah Nenek Air Lumpur Sampai Mengigil Kesejukan Demi Untuk Dapat ‘Gift’ TikTok
Wanita Dikecam Tergamak Simbah Nenek Air Lumpur Sampai Mengigil Kesejukan Demi Untuk Dapat ‘Gift’ TikTok 1

Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @intan_komalasari92 diselar baru-baru ini gara-gara sanggup membuli orang tua demi untuk mendapat gifts di TikTok.

Difahamkan, Intan mempromosikan beberapa rakaman video supaya orang ramai menonton siaran langsung (live) yang dibuatnya ketika aktiviti mandi lumpur.

Bagaimanapun, menurutnya dia tidak mengejar populariti tetapi hanya mahukan duit sekaligus untuk menghiburkan penonton live di TikTok itu.

Masuk live guys. Saya tak perlukan viral. Saya perlukan duit untuk beli skin Mobile Legend dengan makan KFC.”

Wanita Dikecam Tergamak Simbah Nenek Air Lumpur Sampai Mengigil Kesejukan Demi Untuk Dapat ‘Gift’ TikTok 2

 

Nenek minta izin kencing tapi tak bagi

Menerusi ‘acara’ itu, ibu, bapa dan juga neneknya disuruh duduk di atas kerusi di dalam sebuah kolah yang diisi air sikit demi sikit sambil disaksikan penonton di TikTok.

Satu rakaman skrin dimuat naik di TikTok turut menunjukkan seorang nenek meminta izin untuk ke tandas kerana tidak tahan untuk buang air kecil.

Wanita Dikecam Tergamak Simbah Nenek Air Lumpur Sampai Mengigil Kesejukan Demi Untuk Dapat ‘Gift’ TikTok 3

Namun, dia tidak dibenarkan ke tandas dan diminta meneruskan aktiviti serta kencing ketika siaran live tersebut. Video tersebut mendapat perhatian seorang ahli perniagaan, Jhon yang menawarkan peluang pekerjaan kepada Intan.

 

Offer kerja tapi…

Jhon memintanya untuk berhenti berbuat sedemikian kepada ibu sendiri dan jika mahukan wang, lelaki itu menawarkan Intan untuk bekerja di kedainya.

Biar dapat duit (dengan bekerja) daripada dia buat macam tu dekat ibu sendiri.”

Bagaimanapun, Intan menolak tawaran itu sebaliknya meminta wang sebanyak 200 juta Rupiah (RM57,000) sebagai ‘pampasan’ jika mahu dia berhenti membuat content sebegitu.

Kalau abang Jhon tak nak tengok kami buat live streaming macam ni, transfer 200 juta Rupiah.”

Wanita Dikecam Tergamak Simbah Nenek Air Lumpur Sampai Mengigil Kesejukan Demi Untuk Dapat ‘Gift’ TikTok 4

Wanita Dikecam Tergamak Simbah Nenek Air Lumpur Sampai Mengigil Kesejukan Demi Untuk Dapat ‘Gift’ TikTok 5


4 bulan lalu

“Ni Pun Nak Buat ‘Content’ Ke?” – Rakam Video Menangis Dapat Sentuh & Cium Kaabah, ‘Influencer’ Ditegur Netizen


Wanita Dikecam Tergamak Simbah Nenek Air Lumpur Sampai Mengigil Kesejukan Demi Untuk Dapat ‘Gift’ TikTok 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list