Artikel Terkini

“Yang Penting Dia Belum Kahwin, Tiada Anak”

“Yang Penting Dia Belum Kahwin, Tiada Anak”
“Yang Penting Dia Belum Kahwin, Tiada Anak” 1

Sebelum ini, pelakon Siti Saleha mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berdarah kacukan sepertinya selepas 10 bulan bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar.

Terbaru, perkongsian Siti Saleha menjadI perhatian ramai apabila dilihat memuat naik foto bersama seorang jejaka tampan ang merupakan pereka fesyen ternama tempatan bernama Joshua Fitton.

BACA: Siti Saleha Tayang Kekasih Kacukan, Pereka Fesyen Ternama

Memetik Astro Gempak, Saleha berkata dia dan Joshua masih dalam tempoh perkenalan dan mengenal hati budi masing-masing.

“Ya betul dia adalah orang yang saya pernah katakan sebelum ini, kami sedang berkenalan dan mengenali antara satu sama lain.

“Apa pun dengan berkongsi gambar bersamanya, saya harap semua orang tidak melebih-lebih untuk fikir apa seterusnya kami perlu lakukan. Ini adalah tempoh berkawan untuk kami berdua,” katanya.

Berkongsikan detik perkenalan mereka, Saleha berkata dia mengenali adik kepada jejaka itu terlebih dahulu kemudian baru mengenali Joshua.

“Dia seorang pereka fesyen, saya pada mulanya hanya kenal adik dia, kemudian baru mengenalinya. Everything going ok. Semoga semua yang baik-baik sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Saleha turut berseloroh mengatakan apa yang paling penting jejaka itu merupakan seorang bujang dan tiada anak.

“Apa yang penting dia belum kahwin dan tiada anak,” kata Saleha.

Terdahulu, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun dan tidak dikuniakan cahaya mata.


“Yang Penting Dia Belum Kahwin, Tiada Anak” 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list