Artikel Terkini

Yukata – Pakaian Tradisional Jepun

Yukata – Pakaian Tradisional Jepun
Yukata - Pakaian Tradisional Jepun 1

Sebut saja pakaian tradisional Jepun, ramai membayangkan kimono. Tetapi hakikatnya, ada satu lagi pakaian tradisional Jepun yang jarang disebut iaitu yukata. Walaupun dari segi rupa, ia kelihatan sama tetapi hakikatnya terdapat beberapa perbezaan yang membezakan yukata dengan kimono.

Tetapi sebelum meneliti perbezaan yukata dan kimono, eloklah diselusuri terlebih dahulu sejarah kedua-dua pakaian ini. Kimono yang bermaksud benda untuk dipakai dalam Bahasa Jepun merupakan versi Jepun bagi pakaian tradisional China iaitu hanfu. Ia mula diperkenalkan di Negara Matahari Terbit itu semasa era Kofun (300-538 Masihi).

Semasa era Heian (794-1185 Masihi), pelbagai ciri kimono yang dikenali hari ini diperkenalkan. Antara ciri tersebut ialah kimono pelbagai lapisan untuk wanita, penggunaan warna tertentu sebagai pangkat bagi golongan aristokrat dan kombinasi lapisan warna tertentu mewakili musim dan tumbuhan tertentu.

Semasa era Edo (1603-1868 Masihi), panjang lengan kimono ditambah. Selain itu, era ini turut menyaksikan pengenalan obi atau tali pinggang yang berperanan sebagai pengikat kain kimono. Sejak itu, bentuk asas kimono tidak mengalami perubahan.

Rekaan kimono tidak banyak berubah selepas era Keshogunan Tokugawa.

Cuma pada zaman itu, tindakan golongan pedagang memakai obi yang diwarnakan (shibori) dan kimono bersulam indah mengundang rasa tidak puas hati golongan samurai. Ini kerana perkara sebegini hanya boleh dipakai untuk mereka dan bukan untuk golongan pedagang yang menghuni kedudukan terbawah hierarki sosial Jepun ketika itu.

Akibatnya, Keshogunan Tokugawa mengarahkan shibori dan kimono bersulam tidak lagi dipakai oleh golongan pedagang. Disebabkan hal ini, ia turut membawa kepada pengenalan teknik pencelupan warna baru iaitu yuzen (tahan celupan). Pengenalan yuzen membenarkan lebih banyak rekaan kimono diperkenalkan dan menjadikan kapas sebagai bahan utama kimono.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Semasa era Taisho (1912-1926) pula, sejenis kain baru diperkenalkan sebagai bahan kimono. Meisen ialah sejenis kain yang tahan lasak, murah, rekaan dan warna yang cerah dan berani. Dengan pengenalan meisen, orang Jepun dapat merasa kimono berwarna cerah tanpa menjejaskan sedikit pun poket mereka.

Tetapi selepas tamat Perang Dunia Kedua (WWII), kimono tidak lagi menjadi pilihan pakaian harian orang Jepun. Ini kerana ia memerlukan fabrik yang banyak. Lantas, ada yang menyimpannya tetapi ada juga yang membuat pertukaran dengan wang bagi mendapatkan makanan. Pada masa inilah, orang Jepun mula menjadikan pakaian Barat sebagai pakaian harian mereka.

Bagi yukata pula, ia hanya mula diperkenalkan semasa era Edo. Bermaksud pakaian mandi, ia pada asalnya merupakan kain kimono tunggal yang digunakan untuk mandi oleh golongan atasan. Sekitar 1800, ia mula digunakan oleh pendeta shinto sebagai pakaian mandi ritual.

Hal ini kemudiannya diikuti oleh golongan samurai dan aristokrat. Tetapi disebabkan sutera tidak sesuai dijadikan sebagai kain basahan, ramai memilih yukata yang diperbuat daripada kapas atau linen. Akhirnya, ia menjadi ikutan bagi golongan pertengahan dan bawahan Jepun.

Ia juga turut membawa kepada pembukaan banyak rumah mandian awam di Tokyo. Hal ini mendorong oramg ramai mencari yukata yang lebih menawan untuk digunakan dalam perjalanan ke rumah mandi. Ini membawa kepada yukata moden yang kita kenali hari ini.

Seorang wanita memakai yukata di sebuah ryokan. Sumber: Selected-Ryokan.com

Jadi, apa beza kimono dengan yukata? Kimono diperbuat daripada pelbagai jenis sutera disebabkan statusnya sebagai pakaian formal dan mewah. Sementara yukata pula diperbuat daripada bahan seperti kapas dan poliester. Ini ia merupakan pakaian kasual dan lebih sejuk dipakai semasa musim panas serta boleh didapati pada harga murah.

Dari segi panjang lengan kimono, ia dipengaruhi pelbagai faktor termasuk umur dan status formal sesebuah majlis. Jika anda memakai sejenis kimono yang dipanggil furisode, jangan terkejut jika panjang lengannya sampai mencecah tanah! Bagi yukata pula, panjang lengannya tidak pernah melebihi 50 cm.

Dari segi musim pula, yukata bukan saja dipakai pada musim panas. Malah, ia turut dipakai di rumah tumpangan (ryokan) dan rumah mandian air panas (onsen). Tetapi untuk musim-musim lain, kimono menjadi pilihan kerana mempunyai lebih banyak lapisan kain dan aksesori sesuai mengikut musim tertentu. Bagi musim panas misalnya, ada kimono musim berkenaan yang dipanggil hitoe (kimono satu lapis).

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Kebiasaannya, yukata digunakan bukan saja di ryokan dan onsen tetapi sebagai pakaian kasual dan pakaian menghadiri matsuri (festival-festival Jepun) seperti pesta bunga api. Bagi kimono pula, ia digunakan untuk majlis formal seperti majlis perkahwinan, upacara keagamaan atau konvokesyen graduan. Dan walaupun ia jarang disaksikan di bandar-bandar, ada juga yang menggunakan kimono sebagai pakaian kasual.

Sekumpulan wanita memakai yukata untuk menghadiri Festival Yukata Himeji yang diadakan di Osaka. Sumber: Osaka.com.

Dari segi aksesori, yukata lebih senang dipakai. Ini kerana ia tidak memerlukan banyak aksesori seperti kimono. Contoh paling mudah, obi. Obi yukata yang kasual lebih senang diikat sekaligus mendorong penggunanya menghasilkan ikatan kreatif untuk obi yukata mereka. Sementara kimono pula diikat obi secara formal atau semi formal bergantung kepada kesesuaian majlis yang dihadiri.

Berdasarkan satu kaji selidik pada 2011, 80% responden memakai kimono tetapi kurang 40% sahaja yang memilikinya. Ini berlaku kerana tidak banyak majlis formal yang memerlukan hadirin memakai kimono. Lantas, ada yang memilih menyewa kimono untuk majlis istimewa tanpa perlu membayar wang yang mahal untuk pakaian berkenaan. Kimono hari ini boleh saja mencecah dari ¥30,000 kepada beberapa juta yen.

Yukata menjadi pakaian tradisional pilihan warga muda Jepun disebabkan kosnya yang berpatutan.

Melihat kos kimono yang mahal, ini mendorong generasi muda menjadikan yukata sebagai alternatif. Walaupun harga yukata berbeza-beza di pasaran, tetapi ia tidaklah melebihi ¥10,000. Satu kaji selidik pada 2013 mendedahkan separuh daripada responden perempuan berusia 20-39 tahun memiliki sekurang-kurangnya satu yukata. Faktor harga juga turut menjadi penyumbang mengapa yukata laris dijual dalam kalangan pelancong asing.


Kalau anda berminat dengan sejarah Jepun, kami nak cadangkan judul terbaru kami iaitu Kitab Tamdun Jepun untuk pembelian. Boleh ke: http://bit.ly/KTJShopee 

RUJUKAN

Nippon.com. (2016, 16 Julai). Kimono and “Yukata”.

Sabia, S. (2021, 10 Jun). Yukata vs Kimono, The Secret Culture Behind The Japanese National Dress. Tsunagu Japan.

Yukata - Pakaian Tradisional Jepun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list