Artikel Terkini

Zahid kata Malaysia perlu naratif ekonomi baharu

Zahid kata Malaysia perlu naratif ekonomi baharu
Zahid kata Malaysia perlu naratif ekonomi baharu 1

BANGI, 13 Syawal 1443H, Sabtu – Malaysia memerlukan naratif ekonomi baharu berpaksikan transformasi realistik institusi utama negara, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kementerian berkaitan ekonomi.

Transformasi itu mesti bertujuan memupuk semula kepercayaan dan mentransformasi struktur ekonomi Malaysia agar tidak ditinggalkan negara seperti Indonesia serta Vietnam dalam dekad akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembuat dasar harus sedar bahawa apabila berlalunya setiap dekad, negara harus mempunyai naratif ekonomi baharu yang sesuai dengan konteks dan cabaran dekad itu.

“Bagi menyokong usaha ini, kerajaan harus beransur-ansur mengutamakan lantikan berdasarkan kelayakan dan keupayaan ke dalam GLC dan beberapa kementerian berkaitan ekonomi.

“Transformasi politik dan institusinya pula harus sentiasa ditingkatkan agar kepercayaan rakyat kepada ahli-ahli politik dan demokrasi sentiasa utuh,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Debat Perdana antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin, menyingkap kembali nostalgia keberkesanan naratif ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa, apabila Pakatan Harapan (PH) merampas tampuk kekuasaan negara, naratif ekonomi berfokus kepada usaha melempiaskan dendam tertentu kepada pemimpin UMNO.

“Sejak itu, negara kehilangan ‘the overarching narrative’ dalam pembangunan ekonominya. Konsultan antarabangsa pula dibayar dengan harga yang keterlaluan untuk menghasilkan dasar yang jauh daripada realiti kehidupan rakyat.

“Akhirnya, usaha murni kerajaan BN untuk mengupayakan ekonomi rakyat Malaysia terbantut dan disisihkan.

“Negara kembali lesu dan hilang seri untuk menarik serta merebut peluang pada era globalisasi,” dakwanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Zahid kata Malaysia perlu naratif ekonomi baharu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list