Infotainment

Bukan Milik Anak Presiden, Kenali Pemilik Sebenar Kenderaan Mewah Terbakar Dalam Rusuhan Sri Lanka

Bukan Milik Anak Presiden, Kenali Pemilik Sebenar Kenderaan Mewah Terbakar Dalam Rusuhan Sri Lanka
Bukan Milik Anak Presiden, Kenali Pemilik Sebenar Kenderaan Mewah Terbakar Dalam Rusuhan Sri Lanka 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pada awal bulan April lalu, Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa mengumumkan keadaan darurat setelah ratusan orang cuba menyerbu kediamannya di tengah-tengah krisis ekonomi yang melanda negara tersebut.

Difahamkan penunjuk perasaan di negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu membantah pencatuan elektrik selama 13 jam oleh pihak kerajaan. Pada ketika itu, kejadian menjadi buruk apabila penunjuk perasaan merobohkan tembok, membaling batu dan membakar  sebuah bas di hadapan kediaman Rajapaksa.

Baru-baru ini tular satu video menerusi satu ciapan Twitter di mana pelbagai jenis kenderaan mewah seperti Ferrari, Lamborghini, Bentley, Merdeces-Benz dan limosin terbakar semasa rakyat negara itu melakukan tunjuk perasaan.

Ciapan itu juga mendakwa kesemua kenderaan itu adalah milik anak Presiden Gotabaya Rajapaksa. Bagaimanapun, berdasarkan beberapa hasil carian maklumat lebih lanjut, didapati dakwaan itu adalah tidak benar.

Menurut laman newschecker.in, kesemua kenderaan yang terbakar itu merupakan milik seorang pengusaha Hotel Avenra yang dikenali sebagai Sachith De Silva. Beliau merupakan direktor syarikat tersebut sejak 2016.

Sachith De Silva dianggap sebagai salah seorang jutawan termuda Sri Lanka yang mewarisi perniagaan keluarga. Profil perniagaannya menunjukkan  dia memiliki beberapa rangkaian hotel dan perniagaan restoran di Sri Lanka dan di luar negara.

Hasil perniagaannya yang luas telah menyumbangkan kepada jumlah kekayaannya didakwa mencecah $10 juta (~RM43.94 juta).

Ramai pengguna Twitter dari Sri Lanka mendakwa kejadian tersebut berlaku mungkin disebabkan pemilik Hotel Avenra merupakan penyokong Sri Lanka Podujana Peramuna atau SLPP yang memegang kerajaan semasa di negara itu.

Anda boleh tonton mini-dokumentari mengenai koleksi kereta mewah Sachith De Silva menerusi video YouTube di bawah.

Baca lebih lanjut mengapa Presiden Sri Lanka mengumumkan pelaksanaan darurat pada awal bulan April lau.

Krisis Ekonomi Di Sri Lanka: Diesel Habis, Elektrik Kena Catu Dan Darurat Dikuatkuasakan

Berbogel Di Pohon Suci, Influencer Rusia Dihalau Dari Indonesia

Video Pendek BBC Papar Wanita Malaysia Menari K-Pop Dikecam Netizen


Bukan Milik Anak Presiden, Kenali Pemilik Sebenar Kenderaan Mewah Terbakar Dalam Rusuhan Sri Lanka 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list