SOALAN LAZIM BERKAITAN RUMAH IBS
1) Apa itu Rumah IBS?
- IBS adalah singkatan bagi “Industrialized Building System”, atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil rumah pasang siap. Terdapat banyak jenis IBS yang ada dalam pasaran, dan jenis yang kami gunakan ini dipanggil Concrete Sandwich Panel.
2) Apa kelebihan & kelemahan rumah IBS jenis ini?
- Kelebihan IBS:
- Rumah lebih kukuh kerana seluruh permukaan dinding mempunyai 2 lapisan besi mesh wire. Ditambah pula dengan 2 lapisan konkrit yang padu, menjadikan rumah lebih selamat.
- Rumah lebih selesa kerana terdapat heat insulation pada dinding rumah.
- Kualiti pembinaan rumah lebih terjamin.
- Penjimatan 20% dalam kos pembinaan.
- Kelemahan IBS:
- Konsep pembinaan yang masih baru dalam pasaran
- Sebahagian orang masih meragui ketahanan rumah IBS
- Pemilik rumah perlu mengetahui cara tersendiri untuk ubahsuai rumah IBS.
3) Dalam dinding rumah ada gabus. Rumah kukuh ke?
- Ya, bahkan lebih kukuh berbanding rumah batu-bata! Gabus (EPS Foam) yang berada di bahagian dinding adalah sebagai heat insulation sahaja, supaya rumah tidak panas. Kekukuhan rumah dijamin oleh struktur rumah yang mempunyai lebih banyak besi berbanding rumah batu-bata, dan 2 lapisan konkrit yang disembur, sedangkan rumah batu-bata sekadar plaster sahaja.
4) Panel IBS ni ada sijil SIRIM ke?
- Konsep IBS jenis Konkrit Sandwich Panel ini diilhamkan oleh Syarikat Schnell, berpangkalan di Italy. Panel yang dihasilkan oleh mereka telah mendapat pengiktirafan di USA, EU dan beberapa negara lain. Di Malaysia pula, pihak kami sedang dalam proses untuk mendapatkan sijil SIRIM.
5) Macam mana nak buat renovation?
- Disebabkan seluruh dinding rumah mempunyai 2 lapisan besi mesh wire, kontraktor renovation tidak boleh hack dinding. Mereka perlu memotong bahagian yang ingin dibuat bukaan dengan menggunakan grinder. Pegawai kami akan menjelaskan lebih detail semasa proses serah kunci rumah.
6) Apa prosedur bina rumah?
- Sepertimana yang dinyatakan dalam brochure kami, prosedur bina rumah adalah seperti berikut:
- Semakan loan/ budget
- Conceptual Drawing
- Estimation Cost
- Commitment Fee RM5,000
- Detail Drawing
- Quotation
- Perjanjian Bina Rumah
- Permohonan PBT
- Urusan Pembiayaan
- Pembinaan Rumah
- Serah Kunci Rumah
- Serah Sijil CCC
7) Berapa kos bina rumah IBS?
- Kos pembinaan rumah bergantung kepada saiz rumah, design & spesifikasi. Kami telah sediakan kalkulator khusus untuk anda dapatkan anggaran kos bina rumah secara percuma. Sila layari http://majugroup.my/my-quotation
8) Boleh syarikat bantu dapatkan kelulusan Majlis?
- Kami adalah kontraktor Design & Build yang mana team kami akan uruskan A-Z berkenaan pembinaan rumah ini. Bermula dari penyediakan pelan rumah, submit ke PBT, dapatkan kelulusan, membina rumah, sehinggalah mendapatkan sijil CCC.
9) Saya dah ada plan rumah. Boleh syarikat bina rumah pakai plan rumah saya?
- Sila hantarkan pelan rumah anda kepada kami. Team kami akan semak untuk pastikan plan tersebut sesuai dengan syarat-syarat PBT.
10) Syarikat boleh bina rumah area mana ye?
- Buat masa ini, kami memfokuskan pembinaan rumah di area Selangor, Kuala Lumpur & Negeri Sembilan.
11) Apa spesifikasi rumah yang syarikat provide?
- Kami tidak terikat dengan sebarang spesifikasi. Anda boleh memilih spesifikasi rumah sesuai dengan keinginan anda. Kami telah sediakan 2 contoh spesifikasi rumah untuk panduan anda. Untuk lebih detail, sila layari http://majugroup.my/spesifikasi-rumah
12) Apa itu Skim Zero Deposit?
- Skim Zero Deposit adalah kemudahan yang kami sediakan untuk penjawat awam yang ingin membina rumah menggunakan pembiayaan LPPSA. Anda tidak perlu runsing untuk sediakan duit yang banyak untuk membayar kos-kos awalan, kerana semua kos tersebut akan dimasukkan dalam amount pembiayaan LPPSA.
13) Saya berminat. Apa langkah pertama yang perlu saya buat?
- Tahniah! Anda telah membuat keputusan yang tepat. Langkah pertama, anda perlu buat semakan anggaran kos pembinaan rumah melalui link ini: http://majugroup.my/my-quotation
Team kami akan hubungi anda untuk perbincangan lebih detail. Oh ya, konsultasi yang kami berikan ini adalah percuma.
Dapatkan Quotation Anda Sekarang!
BERAPAKAH KOS BINA RUMAH SAYA?
Kami akan bina rumah berdasarkan budget yang anda tentukan.
Terima kasih, kami akan hubungi anda secepat mungkin.
Rumah 1 Tingkat Ataupun 2 Tingkat?
Kos ini merangkumi kerja-kerja awalan & pembinaan struktur rumah.
Construction: RM160 psf Preliminary: RM20,000
Construction: RM190 psf Preliminary: RM20,000
Berapakah Luas Keseluruhan Rumah Anda?
Hanya Masukkan Angka, Tanpa Koma ( , ). Contoh: 1000
Apakah Jenis Pembiayaan Rumah Anda?
Bina rumah lebih mudah dengan pembiayaan kewangan.
Additional Cost: RM4 psf
No Additional Cost
No Additional Cost
Anda Perlu Mohon Kelulusan Pelan Bangunan?
Kos ini merangkumi Fee Arkitek, Jurutera & PMC. Kelulusan PBT adalah wajib jika anda menggunakan pembiayaan LPPSA/BANK.
Consultant Fee: RM50,000
No Additional Cost
No Additional Cost
Sudah Ada Pelan Rumah Tersebut?
Kami juga ada sediakan servis lukis pelan rumah untuk anda.
Meter Kekal TNB & SYABAS
Kami boleh bantu untuk mohon meter tersebut (optional)
TNB & SYABAS: RM4,500
No Additional Cost
Full Spec ataupun Low Spec?
Senarai penuh dan perbezaaan 2 spesifikasi ini akan dilampirkan dalam email anda.
Full Spec: RM49 psf
Low Spec: RM9 psf
Anggaran Kos Bina Rumah Anda Adalah :
Sila isi butiran berikut. Kami akan hantar quotation & senarai penuh spesifikasi ke email anda.
Ringkasan
Deskripsi | Informasi | Kuantiti | Kos |
---|---|---|---|
Discount : | |||
Total : |