Infotainment

Gboard Akan Menyokong Ciri Susun Atur Dipisahkan Untuk Peranti Dengan Skrin Bersaiz Besar

Gboard Akan Menyokong Ciri Susun Atur Dipisahkan Untuk Peranti Dengan Skrin Bersaiz Besar
Gboard Akan Menyokong Ciri Susun Atur Dipisahkan Untuk Peranti Dengan Skrin Bersaiz Besar 1

Aplikasi papan kekunci Gboard tidak dinafikan adalah antara aplikasi papan kekunci paling menarik untuk digunakan. Ia ringkas, mudah digunakan dan padat dengan ciri dan fungsi menarik. Saya menggunakan Gboard pada kedua-dua peranti Android dan iOS.

Akan tetapi masalah Gboard akan berlaku jika peranti itu mempunyai saiz skrin yang besar, contoh penggunaan saya pada Samsung Galazy Z Fold2. Skrin yang besar dan lebar dengan susun atur papan kekunci QWERTY seperti biasa sedikit leceh untuk digunakan dan jari-jemari juga penat menaip membalas mesej.

Gboard Akan Menyokong Ciri Susun Atur Dipisahkan Untuk Peranti Dengan Skrin Bersaiz Besar

Akan datang, Gboard akan dikemaskini untuk menyokong susun atur yang dipisahkan (split layout). Ciri ini mula muncul dalam aplikasi Gboard versi 11.5.05.427194903, yang menjelaskan jika ciri ini diaktifkan susun atur akan dipisahkan dan beberapa kekunci akan diduplikasikan pada setiap bahagian.

Android Police menemui ciri Split layout ini pada peranti Galaxy Z Fold3, walaupun sudah diaktifkan ia masih tidak boleh digunakan. Selain itu apabila skrin dibuka, pilihan Gboard untuk guna satu tangan juga hilang kecuali apabila menggunakan skrin di luar. Masih tidak pasti bila ia akan diedarkan secara meluas dan benar-benar boleh digunakan, kerana buat masa ini pengguna hanya boleh gunakan ciri ini pada Samsung Keyboard sahaja.

Dengan Google Play akan fokus kepada peranti skrin besar seperti tablet dan skrin yang boleh dilipat, Gboard mungkin turut akan dikemaskini agar markah Play Store tidak mengeluarkan amaran yang ia tidak sesuai digunakan pada peranti seperti ini.

Gboard Akan Menyokong Ciri Susun Atur Dipisahkan Untuk Peranti Dengan Skrin Bersaiz Besar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list