Infotainment

Hilang Rasa Nak Melancong, Daiyan Trisha Tunai Umrah

Hilang Rasa Nak Melancong, Daiyan Trisha Tunai Umrah
Hilang Rasa Nak Melancong, Daiyan Trisha Tunai Umrah 1

Selamat berlepas bagi menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini bersama keluarganya, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengakui pernah hilang rasa untuk melancong biarpun pintu sempadan telah dibuka.

Memetik Kosmo!, Daiyan berkata Tanah Suci Mekah membuka pintu hatinya untuk kembali ‘terbang’ ke luar negara seperti yang sering dilakukan sebelum ini.

BACA: Peminat Doakan Zizan Razak & Daiyan Trisha Berjodohan

“Mereka yang dah lama ‘follow’ saya selama bertahun barangkali tahu yang saya suka berada di bandar berbeza setiap minggu, menaiki penerbangan selalu waktu pra-Covid.

“Saya akan berada di New York atau Los Angeles lima enam kali dalam setahun. Saya akan berdepan tekanan darah rendah di Marrakech (Maghribi) disebabkan semua pengembaraan tersebut.

“Saya akan berada di Seoul seminggu dan minggu berikutnya di Tokyo. Saya akan berada di luar negara lebih kerap berbanding dalam Malaysia. Menggembara merupakan perkara yang memang sangat saya tunggu pada ketika itu,” katanya.

Kata Daiyan lagi, sebaik saja sempadan antarabangsa sudah dibuka, dia merasakan seolah tidak bersedia untuk ke luar negara kerana masih ada sesuatu yang belum lengkap.

“Apabila sempadan dan dibuka semula dan peluang mengembara negara luar hadir saya rasa macam belum bersedia. Ada sesuatu yang menghalang.

“Sama ada saya terlalu sibuk atau belum punya kelapangan untuk merancang dan apa yang penting, saya tak rasa nak keluar mengembara macam sebelum ini.

“Ada perasaan dalam jiwa yang menginginkan sesuatu yang istimewa dan berbaloi untuk ‘tarik’ saya keluar dari sini.

“Dan, rupa-rupanya inilah, Tanah Suci. Tempat paling indah untuk dilawati. Saya patut dah tahu, tempat yang saya tak pergi, tetapi rasa rindu saya sangat kuat kepadanya. Saya tak pernah teringin nak pergi satu tempat macam saya rasa nak pergi tempat ini (Tanah Suci),” katanya.


Hilang Rasa Nak Melancong, Daiyan Trisha Tunai Umrah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list