Infotainment

Honda Hasilkan Kereta Elektrik ‘Shogo’, Dapat Membantu Tenangkan Pesakit Kanak-Kanak Di Hospital

Honda Hasilkan Kereta Elektrik ‘Shogo’, Dapat Membantu Tenangkan Pesakit Kanak-Kanak Di Hospital
Honda Hasilkan Kereta Elektrik 'Shogo', Dapat Membantu Tenangkan Pesakit Kanak-Kanak Di Hospital 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Honda merupakan salah satu syarikat automotif yang unik di dunia kerana sering kali menghasilkan pelbagai jenis teknologi yang boleh digunakan oleh pelbagai lapisan umur serta masyarakat.

Terbaharu, Honda memperkenalkan kereta elektrik bersaiz mini yang dikenali sebagai ‘Shogo’ yang dibina untuk membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan kanak-kanak serta ahli keluarganya sepanjang mereka tinggal di hospital.

Kereta elektrik ‘Shogo’ ini dibangunkan sendiri oleh jurutera Honda yang direka khusus untuk bergerak dengan mudah di setiap lorong hospital untuk membawa pesakit kanak-kanak.

Ia dilengkapi dengan elemen untuk menceriakan pesakit kanak-kanak semasa mereka meneruskan perjalanan untuk proses rawatan dan pemulihan. Setakat ini Honda Shogo digunakan di Hospital Children’s Health Orange Country (Hospital CHOC), salah satu rakan kongsi jangka panjang Honda.

Honda Hasilkan Kereta Elektrik 'Shogo', Dapat Membantu Tenangkan Pesakit Kanak-Kanak Di Hospital 2

Sumber Gambar: Honda Newsroom

Honda Hasilkan Kereta Elektrik 'Shogo', Dapat Membantu Tenangkan Pesakit Kanak-Kanak Di Hospital 4

Sumber Gambar: Honda Newsroom

Honda Hasilkan Kereta Elektrik 'Shogo', Dapat Membantu Tenangkan Pesakit Kanak-Kanak Di Hospital 6

Sumber Gambar: Honda Newsroom

Dalam bahasa Jepun, perkataan ‘Shogo’ membawa maksud  ‘melonjak ke masa depan’. Kereta elektrik ini dibina khas untuk membawa pesakit yang berumur di antara 4 sehingga 9 tahun dan boleh dikawal dengan mudah oleh jururawat ataupun penjaga kanak-kanak tersebut.

Pesakit kanak-kanak boleh ‘memandu’ kereta ini dengan mudah dengan menggunakan butang bergerak/berhenti yang ada pada bahagian stereng dan mampu bergerak pada kelajuan sehingga 8km/j pada satu-satu masa.

Terdapat juga tempat penyangkut beg cecair IV dan palang pemegang untuk jururawat atau penjaga menolak kenderaan secara manual sekiranya diperlukan. Kereta ini juga mempunyai ruangan ‘bonet hadapan’ untuk meletakkan permainan/barangan, tempat letak cawan, hon pelbagai jenis pilihan bunyi dan slot nombor pendaftaran kenderaan yang boleh diubah untuk memaparkan nama setiap ‘pemandu cilik’.

“Pasukan kami sangat menghargai komitmen Honda dalam membawa penyelesaian inovatif untuk menyediakan pengalaman pesakit yang luar biasa dan memberikan kegembiraan semasa pesakit menginap di hospital ini.

“Kami berasa kagum sejak dari awal apabila mula-mula melihat Shogo, dan dengan dedikasi pasukan Honda dalam bekerjasama dengan kakitangan kami untuk memastikan kenderaan yang sempurna dan selamat untuk pesakit kanak-kanak kami,” jelas Brianne Ortiz, Pengurus Jabatan Kehidupan Kanak-Kanak Cherese Mari Laulhere di CHOC

*Ikuti perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara melalui laman Facebook terbaharu kami, Vocket Car Club.

Lihat lagi teknologi-teknologi yang pernah dihasilkan oleh syarikat Honda melalui pautan di bawah.

Honda Pamer Motosikal Dengan Fungsi ‘Self-Balancing’ Dan Autopilot

Iklan Genius Honda ‘Keep Up’ Buktikan Kenapa Mereka Digelar Raja Segala Pengiklanan


Honda Hasilkan Kereta Elektrik 'Shogo', Dapat Membantu Tenangkan Pesakit Kanak-Kanak Di Hospital 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list