Artikel Terkini

Ini Tidakan Yang Boleh Anda Ambil Terhadap Jiran Yang Mempunyai Bulus Suka Buat Onar

Ini Tidakan Yang Boleh Anda Ambil Terhadap Jiran Yang Mempunyai Bulus Suka Buat Onar
Ini Tidakan Yang Boleh Anda Ambil Terhadap Jiran Yang Mempunyai Bulus Suka Buat Onar 1

Kucing jiran membuang hajat di laman rumah anda? Anjing jiran sepahkan sampah depan rumah anda? biasa lah, nama pun hidup berjiran. Memang tidak akan lari dari masalah bukan sahaja sesama manusia yang mempunyai akal, namun pada haiwan peliharaan nya juga.

Yang boleh tahan, ANDA HEBAT. Tapi, yang dah tak sanggup hingga menyebabkan kerosakan harta benda, ini perkongsian peguam hartanah Syazwan Mohd Jafri

Baca Juga: Jiran Suka “Block” Laluan Masuk Rumah, Boleh Di Denda RM 1000

Bila sebut hal hartanah, pastinya tidak boleh lari dari hidup berjiran. Hidup berjiran, pasti timbul isu haiwan peliharaan, kucing dan anjing terutamanya. Mungkin isu sensitif terhadap sesetengah, tapi penting untuk tahu. Saya cuba ringkaskan dan straight to the point.

TANGGUNGJAWAB PEMILIK HAIWAN PELIHARAAN – ANJING

Antara undang-undang di Malaysia yang menyebut tentang tanggungjawab Pemilik haiwan peliharaan (bagi pemilik anjing) adalah:-
Seksyen 6 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336): Jangan biarkan anjing peliharaan mengejar orang.
Seksyen 7 Akta 336 – Jangan biarkan anjing peliharaan menyebabkan bahaya atau merosakkan harta benda.
Seksyen 8 Akta 336 – Jangan biarkan anjing peliharaan menyerang atau menakutkan orang.
Jika biarkan juga dan didapati bersalah, boleh didenda RM100 jika jiran report polis.

TANGGUNGJAWAB PEMILIK HAIWAN PELIHARAAN – KUCING

Untuk kucing pula, undang-undang lebih umum iaitu Seksyen 80 dan 81 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) – Jika pemilik kucing biarkan si bulu mereka berkeliaraan dan berak merata (contohnya), dikira “kacau ganggu” dan jiran boleh report ke Pihak berkuasa tempatan.Ini Tidakan Yang Boleh Anda Ambil Terhadap Jiran Yang Mempunyai Bulus Suka Buat Onar 2

HAK-HAK JIRAN UNTUK MENGADU

Jika jiran-jiran mendapati haiwan peliharaan menganggu mereka, sememangnya mempunyai hak untuk mengadu. Maka tanggungjawab adalah pada kita sebagai pemilik untuk memastikan si bulu dan si comel kita, tidak menganggu mana-mana pihak. Pelihara haiwan, dan Pelihara keharmonian kejiranan juga.. Maka jelas lah undang-undang berkait dengan haiwan peliharaan.

INFO TAMBAHAN DAN SELINGAN

Jangan kerana geram dengan haiwan peliharaan jiran, kita ambil tindakan sendiri, contohnya seperti pukul, kurung, atau lagi teruk racun haiwan tersebut. Tindakan ini dikira “Penganiayaan terhadap haiwan” dan salah di sisi undang-undang.

Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 – jika didapati menyakiti, mengurung, atau menyebabkan penderitaan tidak sepatutnya, boleh didenda minimum RM20K dan maksimum RM100K atau penjara maksimum 3 tahun.

Ini Tidakan Yang Boleh Anda Ambil Terhadap Jiran Yang Mempunyai Bulus Suka Buat Onar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list