Infotainment

Kecewa Bekas Teman Wanita Mempunyai Kekasih Baru, Lelaki Di Perlis Ini Nekad Bakar Diri Sendiri

Kecewa Bekas Teman Wanita Mempunyai Kekasih Baru, Lelaki Di Perlis Ini Nekad Bakar Diri Sendiri
Kecewa Bekas Teman Wanita Mempunyai Kekasih Baru, Lelaki Di Perlis Ini Nekad Bakar Diri Sendiri 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Gara-gara kecewa teman wanita memiliki kekasih baru, seorang lelaki di Kangar, Perlis dilaporkan telah bertindak untuk mencederakan diri sendiri dengan membakar diri dalam kereta.

Menerusi laporan Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew, pihak polis telah menerima panggilan daripada seorang pekerja kilang papan yang memaklumkan terdapat insiden kereta terbakar bersama seorang lelaki di dalam kereta berkenaan.

Kecewa Bekas Teman Wanita Mempunyai Kekasih Baru, Lelaki Di Perlis Ini Nekad Bakar Diri Sendiri 2

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew. Sumber: ismaweb

Menurut pekerjaan berkenaan, beliau pada mulanya cuba memberhentikan kereta di belakang kereta yang sedang terbakar sebelum melihat seorang lelaki dalam keadaan terbakar pada badan berjalan ke arah keretanya.

Saksi kemudiannya keluar daripada kereta dan cuba menenangkan mangsa sambil memadamkan kebakaran pada badan mangsa sbelum menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.

Mangsa seterusnya berjaya mendapat bantuan daripada pihak bomba yang tiba di tempat kejadian sebelum dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar bagi mendapatkan rawatan.

Berdasarkan siasatan polis, mangsa tersebut merupakan seorang lelaki berusia 28 tahun dan menetap di Kangar. Bapa mangsa turut memaklumkan mangsa merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Psikiatri HTF.

Difahamkan mangsa sebelum pernah cuba membunuh diri sekitar Januari dan Selasa lalu namun diselamatkan keluarganya. Dipercayai kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya yang mempunyai kekasih baharu antara yang menjadi punca mangsa bertindak sedemikian.

Berdasarkan kenyataan pihak polis, bapa mangsa turut memaklumkan polis bahawa anaknya telah meminum petrol pada jam 8.45 malam sebelum keluar rumah menaiki keretanya.

Tindakan yang dibuat anaknya turut membuatkan beliau curiga serta memilih untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kangar kerana percaya mangsa cuba membunuh diri sekali lagi.

Walau bagaimanapun, setibanya di balai polis, pihak polis memaklumkan menjumpai sebuah kereta dalam keadaan terbakar di atas jambatan Kampung Syed Omar, Kangar. Bapa mangsa kemudiannya ke tempat kejadian sebelum mengesahkan kereta yang terbakar merupakan milik mangsa.

Menurut Harian Metro, mangsa dilaporkan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah dan dilaporkan berada dalm keadaan kritikal selepas melecur 96 peratus pada badannya.

Tular pada minggu ini apabila iklan pengguna Facebook ini menjadi perhatian netizen selepas sedia menjual Yamaha 125zr yang didakwa ‘rare’ dengan harga mencecah RM95,000.

‘Simpan Tak Rugi Jual Tak Kaya’, Yamaha 125zr Ini Diiklankan Dengan Harga Mencecah RM95,000

Ramai Singgah Hanya Untuk Konten, Polis Terpaksa Bantu Kosongkan Stesen Minyak Di Genting Highlands


Kecewa Bekas Teman Wanita Mempunyai Kekasih Baru, Lelaki Di Perlis Ini Nekad Bakar Diri Sendiri 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list