Artikel Terkini

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad
Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 1

Cara mudah keluarkan duit di mesin ATM tanpa kad. Ada masa waktu kalut-kalut nak keluar kita boleh tertinggal beg duit dan kad kat rumah. Dah sampai destinasi dituju baru perasan.

Kalau macam ni kita selalu patah balik terutama kalau tujuan keluar itu menggunakan wang. Sebenarnya kalau tak nak patah balik pun boleh. Kita boleh keluarkan saja duit dari akaun tanpa guna kad dan teruskan urusan.

Caranya dikongsi oleh Azlan Salim tapi ini untuk pemegang kad Maybank. Cara ini berguna dan perlu kita tahu terutama kalau kecemasan dan tak bawak beg duit.

Cara keluarkan duit di mesin ATM tanpa guna kad

ATM Maybank ni memang sengaja bagi kita takde alasan withdraw duit kalau tertinggal kad ATM.

Sebab takde kad bank pun boleh keluarkan duit. Paling penting kena ada smartphone & ATM Maybank depan kita.

1) Masuk aplikasi Maybank2u, di bahagian bawah klik “Mobile”. Kemudian pilih option “Cardless ATM Withdraw”

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 2

2) Pilih akaun mana yang nak dikeluarkan duit.

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 4

3) Masukkan “No Telefon” yang korang nak bagi keluar kan.
– Boleh beri pada anak kalau mereka nak cash
– Boleh juga beri pada isteri kalau dia nak shopping.
– Yang penting ada mesin ATM MAYBANK dekat mereka.
– Macam kes ni, masuk kan no telefon sendiri.

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 6

4) Pilih jumlah yang nak keluar. Ada option RM100, RM200 & RM300 saja.

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 8

5) Lepas itu akan keluar summary. Kalau okay, tekan “Agree & Request TAC”.

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 10

6) Okay, sekarang dah Settle part di “App Maybank2u”. Nanti Maybank akan hantar SMS pada no. telefon yang kita letak tadi.

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 12

7) Nanti penerima akan dapat “16 Atau 17 Digit” no transaksi dari SMS Maybank.

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 14

8. Pergi ke mesin ATM Maybank, pilih bahasa, kemudian tekan “Pengeluaran Tanpa Kad”.
– Nanti terus tengok SMS, masukkan “16 Atau 17 digit” no transaksi.
– Kemudian tekan “Ya”.
– Nanti Maybank akan hantar SMS “6 Digit” pin.

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 16

9) Tengok 6 Digit Pin pada SMS, masuk kan no pin tersebut di ATM dan tekan “Ya”.

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 18

10) Tahniah, dah berjaya keluarkan duit tanpa kad.

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 20

 

Ini SMS yang kita dapat selama nak buat pengeluaran tanpa kad.

 

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 22

Semoga bermanfaat.

Sumber: Azlan Salim

 

Ini SMS yang kita dapat selama nak buat pengeluaran tanpa kad.

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list