Artikel Terkini

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!
Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 1

Selepas beberapa tahun, sudah tentu akan ada masalah yang timbul dengan peralatan di rumah. Salah satu benda yang terkesan ialah kelajuan kipas siling. Mungkin ada yang pernah menghadapi situasi ini ; walaupun sudah dibersihkan dan dibuang segala habuk pada bilahnya, kipas masih lagi terasa perlahan dan panas.

Hal ini mungkin terjadi kerana ada kerosakan kecil pada bahagian dalaman kipas. Hendak beli yang baharu, mungkin belum ada bajet lagi. Tapi tahukah anda, sebenarnya terdapat alternatif lain yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kelajuan kipas siling yang sudah menurun prestasinya? Mengikut perkongsian pemilik akaun fb Encik Md Helmee Abu, kipas siling boleh dibaiki sendiri dengan kos yang amat murah. Lebih jimat dan pasti berkesan!

Nota : Didalam posting nya, Encik Helmee telah memfokuskan pada kipas siling jenama KDK atau Panasonic jenis 5 bilah.

LANGKAH #1
Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :-

 

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 2

LANGKAH #2
Tanggalkan ring pada kipas siling tersebut dengan memusing mengikut arah “open” kemudian tanggalkan.

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 4

LANGKAH #3
Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka menggunakan Phillips screwdriver)

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 6

LANGKAH #4
Tanggalkan 2 wayar socket.

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 8

LANGKAH #5
Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 10

LANGKAH #6
Alat yang diperlukan ;

  • soldering iron
  • solder wire
  • capasitor

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 12

LANGKAH #7
Desolder capasitor lama (di bahagian bawah board)

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 14

LANGKAH #8
Tanggalkan capasitor lama.

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 16

LANGKAH #9
Kemudian masukkan capasitor baru.

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 18

LANGKAH #10
Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yg berlebihan)

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 20

LANGKAH #11
Board yg telah siap diganti capasitor.

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 22

LANGKAH #12
Pasang semula board pada kipas. (sambung semula socket wayar)

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 24

LANGKAH #13
Hidupkan suis kipas siling anda dan rasai perbezaan kelajuan nya.
Jangan lupa untuk pasang semula penutup sensor ya.

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 26

p/s ; anda boleh dapatkan kapasitor baru di hardware atau kedai barangan elektrik dengan harga lebih kurang RM2 sahaja.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA!

Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list