Infotainment

Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya

Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya
Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 1

Pembaca Amanz yang terdiri daripada golongan veteran mungkin akan ingat aku dahulunya adalah peminat setia telefon pintar keluaran Sony. Peranti Xperia yang dikeluarkan tidak pernah membosankan kerana membawakan ciri kalis air dan debu lebih awal berbanding pengeluar lain, menerapkan teknologi Triluminous televisyen pada telefon dan cuba membawakan ciri kamera digital menerusi sensor Exmor Mobile.

Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya
Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 11

Sony jelas lebih maju berbanding pesaing dalam percubaan untuk menggabungkan ekosistem televisyen, kamera digital, konsol permainan video, dan audio kelas tertinggi pada sebuah telefon pintar. Kini apa yang dilakukan oleh Sony pada tahun 2013 ialah perkara normal dilakukan oleh pengeluar lain. Harapan Sony mewujudkan ekosistem musnah kerana persaingan di antara pelbagai perniagaan mereka yang saling tidak mahu kalah antara satu sama lain.

Kesilapan ini hanya dibaiki selepas perniagaan telefon pintar mereka mengalami kerugian teruk dan terkeluar daripada senarai lima pengeluar telefon pintar terbesar dunia. Hasilnya pada tahun 2020, Sony Electronics Corporation akan ditubuhkan dengan perniagaan Imaging Products & Solutions, Home Entertainment & Sound, dan Mobile Communications digabungkan di bawah satu payung.

Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 3
Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 12

Walaupun perniagaan telefon pintar mereka gagal mengekalkan kedudukan, mereka masih berjaya menghasilkan satu peranti yang aku rasakan muncul terlalu awal sebelum dunia bersedia untuk menggunakannya. Peranti ini ialah Sony Xperia Z Ultra.

Semasa dilancarkan pada tahun 2013, Z Ultra dilengkapi skrin 6.4″ yang dianggap terlalu besar pada waktu tersebut. Samsung Galaxy Note 3 yang dilancarkan pada tahun yang sama hanya dilengkapi skrin sebesar 5.7″.

Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 4
Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 13

Anjakan paradigma saiz skrin Z Ultra terlalu mengejutkan dunia yang kini sudah menganggap skrin 6.6″ sebagai saiz normal. Semasa mengulas Z Ultra hampir sedekad yang lalu, aku cukup suka dengan skrinnya kerana memudahkan membaca laman web, boleh dijadikan panel skrip ketika penggambaran video dan cukup serasi untuk menjalankan permua. Tiada peranti lain di pasaran mampu menawarkan pengalaman skrin besar yang sama.

Tetapi skrin besar sahaja bukan penyebab aku merasakan Z Ultra ialah peranti hebat. Kekuatannya terletak pada tubuh yang hanya setebal 6.5mm. Ini adalah lebih nipis berbanding iPhone 13 Pro Max (7.7mm) dan separuh ketebalan Samsung Galaxy Tab (12mm) yang boleh dinobatkan sebagai bapa telefon pintar bersaiz besar.

Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 5
Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 14

Tidak berakhir di situ, Z Ultra hadir dengan kemampuan air IP58 yang pada waktu tersebut jarang sekali diberikan pada telefon pintar apatah lagi sebuah phablet gergasi. Nama “Ultra” kini lebih sinonim dengan Samsung tetapi Z Ultra ialah yang pertama dan sehingga kini ke-ultra-annya masih terserlah.

Masalah utama telefon bersaiz besar pada tahun 2013 ialah ia sukar digunakan sebagai telefon. Z Ultra masih boleh digunakan seperti telefon pintar biasa tanpa kelihatan seakan talam yang menjadikan pengguna Galaxy Tab bahan jenama sedekad lalu. Sungguhpun nipis ia masih dilengkapi bicu audio 3.5mm. Alasan “menipiskan peranti” sering digunakan untuk membuang bicu audio tetapi ia bukan masalah kepada Sony dahulu.

Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 6
Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 15

Kesemua ini dilakukan oleh Sony tanpa perlu melakukan kompromi pada rekaan. Jika dilihat sekarang, Z Ultra masih kelihatan cantik dan menarik walaupun mempunyai dahi serta dagu yang besar. Butang kuasa berbentuk bulat dengan butang laras audio pada sisi kanan kelihatan sungguh seimbang serasi dengan falsafah rekaan OmniDesign. Unit rekaan industri Sony memang mempunyai reputasi menghasilkan rekaan peranti yang tidak lekang dek panas.

Kesilapan yang dilakukan Sony semasa melancarkan Z Ultra ialah tidak memberikan tumpuan kepada kamera sedangkan pada tahun 2013 ia sudah menjadi antara faktor utama peranti dibeli. Kamera tidak dilengkapi flash – sesuatu yang perlu pada tahun 2013 kerana mod malam masih belum wujud. Gambar yang diambil tidak bermaya, mempunyai hingar yang ketara dan tidak tajam. Kesilapan cuba diperbaiki pada Xperia T2 Ultra tetapi peranti ini pula dikecewakan oleh pemproses Snapdragon 400 yang tidak berkuasa.

Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 7
Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 16

Selepas hampir sembilan tahun dilancarkan, teknologi yang wujud sekarang mungkin boleh digunakan oleh Sony untuk menghasilkan Xperia Z Ultra II tanpa perubahan yang drastik. Kekalkan saiz tubuh dan tawarkan skrin yang lebih besar tanpa bezel. Padankan dengan Snapdragon 8 Gen 1, 12 GB RAM, sensor kamera dari Xperia 1 II dan bateri lebih besar tanpa menambah ketebalan Z Ultra asal. Kekalkan juga bicu audio dengan sokongan audio resolusi tinggi. Jika ini dilakukan aku percaya peranti pesaing kepada iPad Mini Gen 6 mampu ditawarkan oleh Sony.

Sony Xperia Z Ultra tiba terlalu awal sebelum pasaran bersedia untuk peranti skrin besar. Kita kita lebih terbuka kepada tablet mini dengan spesifikasi mercu lengkap dengan rekaan yang malar hijau. Ayuh Sony, berikanlah persaingan kepada Galaxy S22 Ultra dalam kategori yang ia bertanding dengan diri sendiri!

Mengingati Sony Xperia Z Ultra – Peranti Yang Tiba Terlalu Awal Sebelum Zamannya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list