Infotainment

Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak ‘Bermain’ Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta

Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak ‘Bermain’ Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta
Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak 'Bermain' Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sesiapa sahaja pasti akan berasa teruja apabila dapat melihat ‘kenderaan idaman’ di hadapan mata sendiri semasa berada di acara pameran terbuka. Sudah pasti kita akan ambil peluang untuk mengabadikan kenangan itu dengan mengambil gambar dan video untuk dikongsikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Bagaiamanapun, pasti anda akan ternampak segelintir pihak yang ‘gatal tangan’ dengan bersandar di sebelahnya, duduk di bonet hadapan atau cuba membuka pintu untuk duduk di dalamnya. Jika orang dewasa sering kali dilihat membuat perkara terbabit, apatah lagi kalau kanak-kanak yang masih belum matang pemikirannya.

Baru-baru ini beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pengguna Instagram @grrevintjahja telah menjadi bualan netizen Indonesia apabila terdapat sepasang kanak-kanak dibiarkan masuk ruang pameran dan ‘bermain’ dekat dengan hypercar yang dipamerkan di sebuah gedung beli-belah pada awal bulan ini.

Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak 'Bermain' Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta 4

Sumber Gambar: Instagram @grrevintjahja

Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak 'Bermain' Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta 6

Sumber Gambar: Instagram @grrevintjahja

Kelihatan seorang wanita dipercayai penjaga kanak-kanak tersebut membiarkan sahaja mereka masuk melepasi ‘pagar’ yang menghalang orang ramai mendekati hypercarKoenigsegg Jesko Absolut’ yang bernilai USD3.42 juta (RM14.44 juta) itu.

Wanita tersebut juga dilihat merakam gambar/video semasa kanak-kanak itu bermain-main berhampiran hypercar itu dan mereka juga meletakkan kaki di atas front bumper splitter lip yang diperbuat daripada carbon fiber semasa posing untuk bergambar.

Perkongsian gambar-gambar itu telah membuatkan netizen Indonesia mempertikaikan pendapat masing-masing. Ada kelompok yang ‘membenarkan’ tindakan kanak-kanak tersebut dengan alasan mereka masih kecil dan setiap kereta yang dipamerkan sepatutnya dibiarkan orang ramai mendekati lebih dekat.

Manakala sekelompok lagi kurang bersetuju dengan tindakan pendapat tersebut kerana ia kelihatan kurang sopan tidak menghormati pengunjung lain dan ada sebab kenapa penganjur meletakkan ‘pagar’ di sekeliling kenderaan yang dipamerkan setiap kali berlangsungnya acara pameran terbuka.

Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak 'Bermain' Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta 8

Sumber Gambar: Instagram @grrevintjahja

Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak 'Bermain' Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta 10

Sumber Gambar: Instagram @grrevintjahja

Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak 'Bermain' Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta 12

Sumber Gambar: Instagram @grrevintjahja

Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak 'Bermain' Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta 14

Sumber Gambar: Instagram @grrevintjahja

Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak 'Bermain' Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta 16

Sumber Gambar: Instagram @grrevintjahja

Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak 'Bermain' Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta 18

Sumber Gambar: Instagram @grrevintjahja

Menurut @grrevintjahja, selepas wanita dan kanak-kanak tersebut pergi daripada ruang pameran tersebut, ada pengawal yang datang menjaga ruang pameran hypercar itu dengan lebih ketat bagi mengelakkan insiden yang sama berlaku lagi.

Tambahnya lagi, beliau meminta para pelawat yang menghadiri apa-apa jua pameran terbuka supaya menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan apa barangan yang dipamerkan dan pada masa sentiasa menjaga adap supaya tidak timbul rasa kurang senang terhadap pengunjung lain.

Untuk makluman semua, Koenigsegg sudah melebarkan sayap perniagaannya ke Indonesia pada pertengahan Mac lalu melalui TDA Koenigsegg, pengedar rasmi negara tersebut.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi artikel-artikel berkaitan para pengunjung yang ‘merosakkan’ barangan yang dipamerkan secara sengaja atau tidak semasa acara pameran terbuka berlangsung.

Lelaki Ini Luah Kekecewaan Karya Seni Artis Tempatan Hancur Di Balai Seni Negara

Karya Seni Bernilai Lebih RM800 Ribu Rosak Akibat ‘Selfie’

Bilik Pameran IKEA Batu Kawan ‘Musnah’ Selepas Dua Minggu Pembukaan


Netizen Indonesia Kurang Senang Lihat Kanak-Kanak 'Bermain' Dekat Hypercar Bernilai RM14.44 Juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list