Infotainment

NVIDIA RTX A5500 Ialah Kad Grafik Ampere Untuk Tujuan Produktiviti Kreatif Profesional

NVIDIA RTX A5500 Ialah Kad Grafik Ampere Untuk Tujuan Produktiviti Kreatif Profesional
NVIDIA RTX A5500 Ialah Kad Grafik Ampere Untuk Tujuan Produktiviti Kreatif Profesional 1

NVIDIA mungkin lebih dikenali kerana kad-kad grafik berkuasa mereka yang secara lazimnya digunakan untuk tujuan gaming, tetapi mereka juga cukup terkenal untuk kad-kad grafik yang digunakan untuk tujuan produktiviti kreatif profesional.

Di acara GTC 2022 yang sedang berlangsung, NVIDIA telah melancarkan model kad grafik NVIDIA RTX A5500 yang merupakan pengganti kepada kad grafik RTX A5000 yang dilancarkan sebelum ini.

NVIDIA RTX A5500 Ialah Kad Grafik Ampere Untuk Tujuan Produktiviti Kreatif Profesional
NVIDIA RTX A5500 Ialah Kad Grafik Ampere Untuk Tujuan Produktiviti Kreatif Profesional 7

Sama seperti kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090, RTX A5500 menggunakan cip pemprosesan grafik GA102 yang paling berkuasa setakat ini, dan hadir dengan 10,240 teras CUDA, 320 teras Tensor, 80 teras RT, dan 24 GB memori GDDR6 ECC. Ia turut dilengkapi dengan empat palam DisplayPort 1.4 yang membolehkannya digunakan dalam konfigurasi multi-paparan yang beresolusi tinggi.

Bukan itu sahaja, NVIDIA turut memperlihatkan kad grafik NVIDIA RTX A5500 untuk komputer riba yang hadir dengan 7,424 teras CUDA, 232 teras Tensor, 58 teras RT dan 16 GB memori GDDR6 ECC untuk komputer riba produktiviti yang berkuasa.

NVIDIA RTX A5500 Ialah Kad Grafik Ampere Untuk Tujuan Produktiviti Kreatif Profesional 3
NVIDIA RTX A5500 Ialah Kad Grafik Ampere Untuk Tujuan Produktiviti Kreatif Profesional 8

Kad-kad grafik ini secara lazimnya digunakan untuk tujuan suntingan dan olahan video beresolusi dan kadar bit tinggi, olahan model 3D, animasi beresolusi tinggi dan sebagainya, berbeza dengan kegunaan gaming yang biasa dilihat pada kad grafik siri GeForce RTX.

Lebih menarik lagi, NVIDIA dilihat akan menghentikan pengeluaran RTX A5000 dan akan menggunakan RTX A5500 untuk menggantikannya. Kad grafik kelas desktop GTX A5500 ini sudahpun mula ditawarkan oleh NVIDIA bermula hari ini, manakala modul kad grafik untuk kelas komputer riba akan diperlihatkan sekitar musim bunga ini.

NVIDIA RTX A5500 Ialah Kad Grafik Ampere Untuk Tujuan Produktiviti Kreatif Profesional 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list