Infotainment

Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau!

Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau!
Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau! 1

Shout Out!

Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau! 2

Setiap kali menatap wajah Fazura di dada akhbar atau kaca TV mesti kita jadi tertanya-tanya produk penjagaan wajah apa lah yang dia gunakan? Bukan main berseri-seri lagi Kak Faz kita ni..

Setelah bertahun-tahun dihujani pertanyaan serta permintaan yang sama, Fazura akhirnya mengeluarkan produk penjagaan kulitnya sendiri khas untuk memenuhi permintaan peminat tersayang!

Kata Fazura, sebagai seorang yang amat peka tentang penjagaan dan kecantikan kulit sudah tentu dia begitu teruja dalam menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit yang dinamakan sebagai Fazura Skincare.

Fazura Skincare hadir dengan 5 produk utama merangkumi Feel Good Cleanser, Yes Queen Face Scrub, Fazbulous Serum, Glow Day Cream SPF35 dan Amazing Night Repair. 

Feel Good Cleanser & Yes Queen Face Scrub

Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau! 4

Sesuai untuk semua jenis kulit, Feel Good Cleanser mengandungi Ekstrak Black Oat yang sangat efektif untuk merawat kulit kering dan menyihatkan kulit wajah. Ia juga bersifat anti-bakteria bagi mencegah dan menghapuskan jerawat untuk kulit yang cenderung beminyak.

Bukan tu je! Ia turut diformulasi dengan gandum hitam yang baik untuk kulit yang sensitif serta berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit selama 24 jam.

Antara bahan lain yang terkandung dalam pencuci wajah ni adalah Cynanchum Atratum Extract sejenis ekstrak semula jadi dari Korea yang dapat membantu menjana semula sel-sel kulit mati, menghilangkan kotoran dan memberi kesegaran optimum pada kulit wajah.

Sementara Yes Queen Face Scrub pula adalah skrub lembut berasaskan air yang diperkaya dengan kebaikan kacang walnut dan ekstrak gandum hitam bagi menanggalkan kotoran selain berkesan untuk melembutkan dan meremajakan kulit.

Antara kandungan lain dalam skrub ini adalah Vitamin E dan antioksidan yang membantu melawan kerosakan akibat radikal bebas serta mempromosikan penyembuhan kulit bagi mengurangkan tanda penuaan. Ia turut berkesan dalam memberikan kelembapan secukupnya pada kulit dan menguatkan pelindungan bagi mencegah kulit dari terhidrasi.

Fazbulous Serum

Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau! 6

Rahsia utama kulit berseri bak Fazura adalah Fazbulous Serum! Ia diperkaya dengan kebaikan ekstrak pegaga ataupun Centrella Asiatica yang baik untuk memperbaiki sel-sel kulit mati, menghasilkan kolagen secara semulajadi dan membentuk sel-sel kulit baru untuk kulit yang lebih cerah, lembut dan menawan.

Ia juga mengandungi Antimikrob tinggi yang sangat efektif untuk merawat kesan jerawat dan memperbaiki kulit kusam. Sementara itu, bagi memastikan kulit korang kekal lembap dan lembut, Fazbulous Serum juga diformulasi dengan Acetyls Glucosamine demi menjamin kelembapan kulit berpanjangan serta mencerahkan kulit dalam masa yang sama.

Glow Day Cream SPF35 & Amazing Night Repair

Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau! 8

Tak suka krim siang yang terlalu melekit? Haa.. Glow Day Cream SPF35 memang pilihan yang tepat sebab teskturnya yang ringan tapi berkesan dalam melembapkan kulit secara berpanjangan. Paling penting, ia juga berfungsi sebagai agen pelindung dari sinar UVA/UVB dan lembut kepada kulit.

Bahan utama untuk krim siang ni adalah Golden C – Ascorbic Acid, Gold, Glutathione. Ia merupakan Vitamin C yang sangat stabil dengan sifat antioksidan luar biasa bagi membantu mengurangkan pigmentasi pada kulit, garisan halus serta mencerahkan kulit. Mudah kan! Satu produk je boleh bantu korang selesaikan banyak masalah kulit!

Amazing Night Repair pula adalah krim malam yang ringan dan tidak berminyak. Ia membantu untuk mencerah dan melembap dan mengembalikan keanjalan kulit.

Bintang utama iaitu Amazing Night Repair adalah Niacinamide atau Vitamin B3 yang membantu melindungi kulit dari kerosakan sinar UV untuk kulit yang lebih mulus, sihat dan mengembalikan tona kulit yang lebih sekata! Mesti ramai yang teruja kan? Sebab Niacinamide ni memang famous sebagai salah satu bahan paling berkesan dalam merawat masalah kulit!

Lagi best ia turut dirumus dengan ekstrak Alga bagi menegangkan dan menganjalkan kulit secara semula jadi!

Kalau korang tak berapa yakin nak terus beli full size, apa kata cuba dulu starter kit Fazura Skincare yang dijual pada harga RM37 je macam dekat bawah ni. Lagi jimat sebab korang boleh terus cuba lebih dari satu produk sekaligus!

Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau! 10

Selain produk penjagaan kulit wajah Fazura Skincare turut mempunyai rangkaian lipbalm untuk lelaki dan wanita serta sanitizer. Mudah ya! Semua benda Fazura Skincare ni dah ada, korang tinggal pilih je mengikut keperluan korang.

Kak Faz korang memang betul-betul nak ajak all the girls to cantik-cantik sekali! Tak cukup dengan skincare dia turut keluarkan Fazura Beauty yang ada Matte Lippy dan Glow Lippy yang merupakan lip balm berwarna pertama di Malaysia!

Personal favourite min memang Glow Lippy sebab ianya lansung tak melekit dan terasa ringan dekat bibir. Produk ni paling sesuai untuk korang yang inginkan hasil solekan lebih natural dengan bibir yang mungil.

Bahan utama

Argan Oil

Membuang sel-sel kulit mati pada bibir untuk bibir  lebih halus dan tidak mengelupas

Sweet Almond Oil

Diperkaya dengan antioksidan seperti vitamin F bagi melembab dan mencerahkan bibir dan memerahkan bibir.

Shea Butter

Melindungi bibir dari cuaca sejuk dan kering. Ia juga dapat mencegah masalah bibir merekah.

Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau! 12

Glow Lippy didatangkan dengan 7 pilihan warna bersesuaian untuk kulit wanita asian. Dari warna-warna lembut sampailah warna yang lebih garang semuanya ada okay! Harga jualan baru RM37 je geng!

Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau! 14

Sementara Matte Lippy pula dibarisi 12 warna yang diinspirasikan oleh watak Fazura dalam filem-filem yang dibintanginya sebelum ni seperti Ifti Liyana, Laila, Intan Mastura dan banyak lagi! Setiap satu dijual pada harga RM47.

Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau! 16

Berita baik untuk korang yang dah tak sabar nak dapatkan produk Fazura! Korang boleh terus beli semua produk ni dekat pop-up store Fazura di The Curve, Mutiara Damansara sekarang!

Dekat sini bukan je ada Fazura Skincare dan Fazura Beauty, tapi ada macam-macam lagi barangan dari jenama Fazura. Kalau bernasib baik, korang mungkin boleh jumpa Kak Faz sendiri dekat sini tau 🙂

Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau! 18

Dah jangan bertangguh lagi jom ramai-ramai ke pop-up store Fazura sekarang sebab ianya hanya dibuka untuk masa terhad!

Buat korang yang lebih selesa untuk lakukan pembelian secara atas talian pula korang boleh ke laman web rasmi mereka di SINI.


Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau! 20

The following two tabs change content below.


Psstt! Ni lah Rahsia Kecantikan Fazura! Tak Perlukan Belanja Mahal Pun Tau! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list