Infotainment

Tak Mahu Terus Diboikot, Shila Amzah Minta Maaf Dengan Media Melayu – ‘Saya Tak Akan Salahkan Sesiapa Dengan Apa Yang Berlaku’

Tak Mahu Terus Diboikot, Shila Amzah Minta Maaf Dengan Media Melayu – ‘Saya Tak Akan Salahkan Sesiapa Dengan Apa Yang Berlaku’
Tak Mahu Terus Diboikot, Shila Amzah Minta Maaf Dengan Media Melayu – ‘Saya Tak Akan Salahkan Sesiapa Dengan Apa Yang Berlaku’ 1

Tak Mahu Terus Diboikot, Shila Amzah Minta Maaf Dengan Media Melayu – ‘Saya Tak Akan Salahkan Sesiapa Dengan Apa Yang Berlaku’

Diangkat sebagai juara menerusi lagu Pelukan Angkasa di Anugerah Juara Lagu ke 36 bagi Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah adalah satu penantian yang berbaloi.

Biarpun ada mulut yang mendakwa mereka tidak diraikan sebagai pemenang tetapi tidak di mata Shila yang bersyukur kerana mendapat layanan baik dan liputan daripada pihak media pada 8 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Pelukan Angkasa’ SOG X Shila Amzah Dinobat Sebagai Juara, Ini Keputusan Penuh Pemenang AJL36

Baru dapat kebebasan

Tak Mahu Terus Diboikot, Shila Amzah Minta Maaf Dengan Media Melayu – ‘Saya Tak Akan Salahkan Sesiapa Dengan Apa Yang Berlaku’ 3

Seperti diketahui umum, kontroversi paling panas yang pernah berlaku dalam industri seni adalah ketegangan antara Shila dan media tempatan berbahasa Melayu.

Menjelaskan situasi sebenar kepada OhBulan!, Shila berkata kemelut pada tahun 2014 yang berlanjutan sehingga hari ini berlaku di luar kawalan dirinya.

Akui Shila, 32, dia baru mendapat kebebasan untuk memilih dan membuat keputusan mengenai hala tuju karier seninya selepas berkahwin pada tahun 2018.

Saya nak cakap apa yang berlaku pada masa lalu di luar bidang saya. Saya dah tak boleh nak tarik balik berita yang dah keluar. Apa yang menjadi penghalang saya tidak bebas? Saya tidak menidakkan pengorbanan kedua orang tua saya. Saya faham perasaan ibu bapa yang nak terbaik untuk anak.

Tetapi disebabkan past relationship, saya sangat dijaga termasuk untuk perkara kecil seperti ingin keluar minum bersama kawan. Secara jujurnya, emosi saya banyak terganggu. Bila saya dah berkahwin dan pindah ke United Kingdom (UK), secara tidak langsung ia memberi saya kebebasan.

Itu adalah kali pertama saya dapat mengolah balik kerjaya saya. Saya dapat kenal diri saya. Saya baru dapat menikmati kebebasan sebagai anak seni selepas keluarkan single Tiada Dirimu.

Tetapi, saya tak akan salahkan sesiapa dengan apa yang berlaku pada masa lalu. I just want to live in peace. Saya tak nak ada langsung berdendam dengan sesiapa. Saya harap mereka yang terguris itu maafkan saya. Saya ambil itu sebagai pengajaran dan harapkan apa yang berlaku itu menjadi iktibar kepada kita semua.

Bagi saya peluang

Tak Mahu Terus Diboikot, Shila Amzah Minta Maaf Dengan Media Melayu – ‘Saya Tak Akan Salahkan Sesiapa Dengan Apa Yang Berlaku’ 4

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Enggan membiarkan persengketaan ini terus berlanjutan, pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada media Melayu.

Saya minta maaf kepada media yang terguris hati dengan apa yang berlaku sebelum ini. I learned in a hard way. Itu adat asam garam sebagai anak seni. Saya yakin yang terguris itu pun mengalami situasi yang tak best.

Saya nak mohon maaf seandainya ada terlebih, terkurang yang saya terguriskan hati secara sengaja atau tidak, dalam kawalan atau di luar kawalan saya. Jauh di sudut hati, saya mengharapkan kemaafan dari kalian semua dan saya juga tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi.

Wanita kuat boleh harungi liku-liku

Tak Mahu Terus Diboikot, Shila Amzah Minta Maaf Dengan Media Melayu – ‘Saya Tak Akan Salahkan Sesiapa Dengan Apa Yang Berlaku’ 5

Dalam pada itu, ditanya mengenai kekuatan yang ada dalam diri wanitanya biarpun diboikot media dan diuji dengan masalah rumah tangga, pelantun lagu Memori Tercipta berkata anak tunggalnya, Seth Uwais dan keluarga menjadi sumber penyebab utama.

Saya dah 22 tahun sebagai anak seni. Kenapa saya kuat untuk harungi ini, pertama semestinya tengok muka anak. Saya nak jadi the best mom in the world. Saya niatkan apa yang saya lakukan ini untuk ibu bapa dan keluarga. Dalam rezeki saya ada rezeki orang lain.

Untuk hubungan saya dengan bekas suami, kami sangat baik sebab keutamaan kami adalah anak. At the end of day, kita kena set dalam fikiran apa keutamaan dan niat, insya-Allah akan datang kekuatan itu.

Pada 15 September 2014, tindakan Shila memuat naik satu status di Instagram yang memuji media berbahasa Cina kerana membuat liputan meluas berkenaan konsert ‘Shila Amzah-Love Live in Malaysia’ dan menyelar media Melayu telah menjadi titik permulaan pergaduhan.

Sumber: Instagram @shahilaamzah


Tak Mahu Terus Diboikot, Shila Amzah Minta Maaf Dengan Media Melayu – ‘Saya Tak Akan Salahkan Sesiapa Dengan Apa Yang Berlaku’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list