Infotainment

“Tak Tahu Boleh Jadi Sekuat Ayat Atau Tidak”

“Tak Tahu Boleh Jadi Sekuat Ayat Atau Tidak”
"Tak Tahu Boleh Jadi Sekuat Ayat Atau Tidak" 1

Sudah lima bulan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergelar Perdana Menteri Malaysia, penyanyi Dafi berkata dia sangat mengagumi dengan semangat bekerja bapanya.

Menurut Dafi, meskipun sering menjadi mangsa kecaman masyarakat yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerja bapanya, Dafi mengambil pendekatan tidak mudah melenting.

BACA: Dafi Mahu Isteri Kelakar, Boleh Buat Dirinya Ketawa Setiap Hari

“Ada (kecaman) dan kerap jugalah dapat. Tapi saya mengambil pendekatan bahawa kita tak duduk di tempat orang. Saya juga tak tahu apa yang mereka (orang ramai) lalui.

“Pun begitu, kalau boleh, saya berharap mereka menggunakan cara yang lebih baik daripada menghentam dan mengecam.

“Tapi, kalau saya berada di tempat mereka, saya sendiri tak tahu macam mana kelakuan saya. Jadi, sungguhpun selalu jadi mangsa kecaman, saya tak boleh nak menghakimi kelakuan orang bagaimana,” katanya.

Dafi berkata politik bukan bidang kerjanya, namun jika ada luahan daripada masyarakat yang perlu diberi perhatian segera, dia akan menyalurkan luahan tersebut terus kepada bapanya.

“Jadi, kalau ada luahan rasa hati yang saya rasa perlu untik disalurkan, saya dan adik-beradik lain akan hantar tangkap layar kepada ayah.

“Kebiasaannya, kami akan kongsi dalam grup WhatsApp keluarga supaya semua orang ada ‘input’ masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Dafi berkata meskipun sering menjadi mangsa kecaman namun dia mengetahui bapanya sentiasa mencuba yang terbaik.

“Saya tengok ayah sibuk setiap hari. Saya cakap pada diri sendiri ‘sebab itulah saya tak sertai politik’. Saya tak tahu sama ada boleh jadi sekuat beliau atau tidak.

“Pada usia ayah sekarang, nak hadap kerja sesibuk itu dan percubaan untuk memuaskan hati seramai orang yang boleh. Secara peribadi, sebagai anak saya berasa sangat kagum sebab saya sendiri tengok depan mata,” katanya.


"Tak Tahu Boleh Jadi Sekuat Ayat Atau Tidak" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list