Infotainment

Uyaina, Suami Reda Pelamin Impian Musnah Akibat Banjir

Uyaina, Suami Reda Pelamin Impian Musnah Akibat Banjir
Uyaina, Suami Reda Pelamin Impian Musnah Akibat Banjir 1

Selamat diijabkabulkan pagi tadi, pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran reda apabila pelamin majlis pernikahan mereka yang sepatutnya digunakan hari ini musnah akibat banjir.

Menurut Uyaina, gudang yang menyimpan pelaminnya di Puchong Selangor itu dinaiki air. Bagaimanapun, Uyaina berkata apa yang lebh penting adalah mereka sudah selamat bernikah.

BACA: Uyaina Arshad, Raja Syahiran Selamat Bernikah

“Disebabkan banjir buruk yang berlaku, pelamin asal yang disimpan di gudang perancang perkahwinan di Puchong tidak dapat diselamatkan. Semuanya musnah kerana gudang itu ditenggelami air.

“Apapun yang berlaku, kami berlapang dada kerana hal yang lebih utama iaitu ijab dan kabul dipermudahkan dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan terdekat.

“Saya juga tidak ralat apabila malam berinai bertemakan ‘Arabian Night’ yang sepatutnya diadakan malam tadi terpaksa dibatalkan. Saya anggap semua ini adalah dugaan menjelang hari bahagia dan cerita perkahwinan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Uyaina berkata pelbagai dugaan dilalui sebelum majli perkahwinan apabila rumah suaminya di Subang juga turut terjejas akibat banjir.

“Sebenarnya rumah Syahiran di Subang pun terjejas akibat banjir. Ketika macam-macam perkara terjadi, saya tidak menangis sebab sepanjang proses Syahiran sentiasa ada di sisi.

“Lagipun kami menerima segala ujian dengan berlapang dada dan percaya pasti ada hikmah di sebaliknya,” katanya.


Uyaina, Suami Reda Pelamin Impian Musnah Akibat Banjir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list