Infotainment

Aiman Tino Terkejut Rakan Sekampung Terlibat Nahas 5 Sekawan – ‘Pernah Luah Hasrat Nak Bagi Lirik Lagu… Tak Kesampaian’

Aiman Tino Terkejut Rakan Sekampung Terlibat Nahas 5 Sekawan – ‘Pernah Luah Hasrat Nak Bagi Lirik Lagu… Tak Kesampaian’
Aiman Tino Terkejut Rakan Sekampung Terlibat Nahas 5 Sekawan – ‘Pernah Luah Hasrat Nak Bagi Lirik Lagu… Tak Kesampaian’ 1

Aiman Tino Terkejut Rakan Sekampung Terlibat Nahas 5 Sekawan – ‘Pernah Luah Hasrat Nak Bagi Lirik Lagu… Tak Kesampaian’

Penyanyi Aiman Tino mengakui terkejut selepas mendapat tahu bahawa rakan sekampungnya merupakan salah seorang daripada mangsa nahas tragis 5 sekawan yang rentung di Perak malam tadi.

Arwah selalu sokong bisnes Aiman

Aiman Tino Terkejut Rakan Sekampung Terlibat Nahas 5 Sekawan – ‘Pernah Luah Hasrat Nak Bagi Lirik Lagu… Tak Kesampaian’ 3

Foto: Instagram Aiman Tino

Memetik laporan Kosmo!, kali terakhir Aiman bertemu dengan arwah rakannya, Mohammad Nasrun Aidol adalah sekitar Februari lalu. Mohammad Nasrun merupakan pemandu kereta yang hangus dalam di Lebuhraya Utara Selatan, malam tadi.

Kongsi Aiman, arwah merupakan seorang rakan yang sangat baik dan peramah meskipun mereka berbeza usia dua tahun.

Saya dapat khabar berita mengenai kematian arwah daripada abang sebab dia nampak perkongsian WhatsApp Story adiknya. Pada mulanya saya fikir tak begitu teruk tetapi tak sangka dia meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Dia orang yang sangat baik dan bagus. Kami tidaklah terlalu rapat tapi memang saling mengenali. Sepanjang berkawan, saya akui rasa segan dengannya kerana arwah merupakan anak ustaz. Malah dia selalu memberi sokongan terhadap apa jua jenis perniagaan yang saya usahakan.

Kali terakhir kami berjumpa Februari lalu, dia datang mengambil tempahan biskut Nutella Pods yang saya jual.

Pernah luah hasrat nak bagi lirik

Aiman Tino Terkejut Rakan Sekampung Terlibat Nahas 5 Sekawan – ‘Pernah Luah Hasrat Nak Bagi Lirik Lagu… Tak Kesampaian’ 4

Tangkap layar Instagram Story Aiman Tino

Paling menyedihkan Aiman apabila Mohammad Nasron, 22 tahun, yang sering bertanya perkembangan dirinya itu pernah meluahkan hasrat untuk memberikan sebuah lirik lagu untuk dia nyanyikan, namun tidak kesampaian.

Tambah Aiman, arwah seorang yang gemar menyanyi memandangkan mereka pernah sama-sama terlibat dalam kumpulan nasyid ketika bersekolah di kampung mereka, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Dia memang minat menyanyi dan tulis lirik. Kalau tengok dalam Instagramnya, arwah kerap menyanyikan lagu ‘cover’.

“Dia pernah luahkan hasrat nak beri lirik sebuah lagu ketuhanan kepada saya tapi sayangnya hasrat itu tidak kesampaian apabila dia pergi terlebih dahulu.

Malam tadi, lima individu dilaporkan rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Dalam kejadian sekitar 12.52 malam itu, kesemua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler.

Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 (pemandu kereta), Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, (penumpang hadapan), Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 yang duduk di bahagian penumpang belakang.

Sumber: Kosmo!

Aiman Tino Terkejut Rakan Sekampung Terlibat Nahas 5 Sekawan – ‘Pernah Luah Hasrat Nak Bagi Lirik Lagu… Tak Kesampaian’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list