Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Sijil Penyiapan Dan Pematuhan (CCC)
Apa itu CCC?
- CCC adalah singkatan bagi ‘certificate of completion and compliance” atau dalam bahasa melayu adalah sijil siap dan pematuhan. Dahulunya kita kenali CCC ini sebagai CF dalam bahasa inggeris ‘certificate of fitness’ atau bahasa melayu disebut sebagai sijil layak menduduki.
- CCC ini akan dikeluarkan oleh pihak PBT apabila rumah anda telah siap dan mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh pihak PBT. Borang-borang ini boleh anda muat turun di website Pertubuhan Arkitek Malaysia (www.pam.org.my) atau di website PBT.
- Terdapat 21 borang yang perlu diisi oleh setiap pihak yang terlibat didalam binaan rumah anda. Pihak yang terlibat adalah arkitek, jurutera dan juga kontraktor sendiri yang mana mengikut disiplin masing-masing.
Bagaimana saya ingin mendapatkan CCC bagi rumah saya?
- Urusan mendapatkan CCC akan dilakukan oleh pihak arkitek, beliau akan menguruskan segala urusan yang melibatkan dengan pihak PBT, jadi anda sebagai klien tidak perlu ke PBT untuk menguruskan mengenai CCC.
- Syarat yang penting bagi rumah anda layak mendapat CCC adalah rumah anda perlu mendapatkan kelulusan bangunan dari pihak PBT, sekiranya anda tidak mendapatkan kelulusan, lupakan sahaja mengenai CCC.
- Anda juga perlu menggunakan khidmat kontraktor rumah dalam membina rumah. Ini kerana tukang rumah tidak mempunyai kemampuan untuk menguruskan pembinaan rumah yang menepati syarat sijil CCC.
Adakah perlu untuk saya mendapatkan CCC bagi binaan rumah?
- Bagi rumah sesebuah yang dibina diatas tanah sendiri, keperluan CCC adalah bergantung kepada anda sendiri.
- Sebaiknya dapatkan CCC bagi kediaman anda untuk kemudahan anda bagi menjual rumah pada harga pasaran pada masa akan datang.
- Kebanyakkan tuan rumah mengambil mudah keperluan CCC kerana menganggap ianya tidak perlu dan rumah yang dibina adalah bagi diduduki sendiri, ia sememangnya benar tetapi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, kediaman anda tidak dilindungi insuran.
Apa kelebihan sekiranya rumah saya memiliki CCC?
- Sekiranya rumah anda memiliki CCC, anda boleh insurankan rumah tersebut dan rumah tersebut juga boleh dijual dengan harga pasaran.
- Sekiranya rumah tersebut tidak memiliki CCC, bank hanya akan menilai sebagai tapak tanah yang mempunyai rumah yang mana nilaian rumah tersebut kebiasaannya adalah rendah kerana nilai yang diambil kira adalah nilai harga tanah bukannya nilai rumah itu sendiri.
Apakah yang menyebabkan kediaman saya tidak boleh memperolehi CCC?
Anda telah mendapat kelulusan bangunan dari pihak PBT tetapi apabila ingin mendapatkan CCC, CCC tidak boleh dikeluarkan. Ada beberapa sebab CCC tidak boleh diperolehi antaranya:
- Borang G dihantar tidak lengkap, terdapat pihak-pihak yang sepatutnya menandatangani borang tersebut tidak tandatangan atau sijil mereka telah tamat tempoh atau batal.
- Orang yang dipertanggungjawabkan (arkitek) yang menandatangani pelan bangunan bukan orang yang sama menandatangani borang G. Anda tidak boleh menggunakan arkitek yang berbeza bagi pelan bangunan dan borang G. Sekiranya terjadi begitu, pihak yang menandatangani pelan bangunan perlu mengeluarkan surat serah tanggungjawab kepada pihak yang baharu (anda perlu mendapatkan nasihat dari PBT bagi permasalahan ini)
- Binaan tidak mengikut pelan bangunan yang telah diluluskan. Sekiranya binaan tidak sama, anda perlu membuat pelan pindaan dan denda akan dikenakan.
Tetapi jika binaan yang dibuat telah melanggar setback yang telah ditetapkan PBT, PBT berhak untuk meminta anda merobohkan bangunan tersebut dan mengikut setback yang telah ditetapkan. - Kelulusan pembentungan (surat sokongan) dari IWK tidak dikeluarkan. terdapat 9 borang yang berasingan bagi kelulusan pembentungan, sekiranya pihak IWK tidak mengeluarkan surat sokongan tersebut, borang G14 walaupun telah bertandatangan adalah tidak sah.
- Tidak mengikut syarat dan nasihat yang telah diberi oleh pegawai PBT. Pihak PBT akan membuat lawatan ke kediaman anda. Pihak kontraktor perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan PBT, sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi, pihak PBT berhak untuk menahan CCC anda dari dikeluarkan.
Saranan kepada pemilik tanah
- Saya menyarankan jika tanah anda adalah tanah lot banglo di tengah-tengah kawasan perumahan mewah serta bernilai tinggi, adalah lebih sesuai untuk kediaman anda memiliki CCC, ini kerana kos yang cuba anda jimat untuk mendapatkan CCC adalah tidak berbaloi dengan nilai hartanah anda.
- Bagi kelulusan CCC, kelulusan dari IWK yang agak sedikit susah untuk diperolehi tetapi untuk lot banglo di kawasan yang telah membangun, anda tetap perlu mendapatkan kelulusan IWK bagi menyambung ke sistem pembentungan sedia ada. Berbanding rumah-rumah kampung yang memadai hanya menggunakan tangki septik. Jadi agak rugi sekiranya anda tidak mendapatkan CCC bagi kediaman anda.
- Bagi tanah dikawasan perkampungan yang mana kadang-kadang keperluan CCC memerlukan anda menyiapkan jalan masuk serta lain-lain kerja infra seperti pembinaan longkang, pemasangan lampu jalan dan tiang elekrik. Ia adalah lebih mudah dan jimat sekiranya anda tidak memohon untuk CCC.
Dapatkan Quotation Anda Sekarang
BERAPAKAH KOS BINA RUMAH SAYA?
Kami akan bina rumah berdasarkan budget yang anda tentukan.
Terima kasih, kami akan hubungi anda secepat mungkin.
Rumah 1 Tingkat Ataupun 2 Tingkat?
Kos ini merangkumi kerja-kerja awalan & pembinaan struktur rumah.
Construction: RM160 psf Preliminary: RM20,000
Construction: RM190 psf Preliminary: RM20,000
Berapakah Luas Keseluruhan Rumah Anda?
Hanya Masukkan Angka, Tanpa Koma ( , ). Contoh: 1000
Apakah Jenis Pembiayaan Rumah Anda?
Bina rumah lebih mudah dengan pembiayaan kewangan.
Additional Cost: RM4 psf
No Additional Cost
No Additional Cost
Anda Perlu Mohon Kelulusan Pelan Bangunan?
Kos ini merangkumi Fee Arkitek, Jurutera & PMC. Kelulusan PBT adalah wajib jika anda menggunakan pembiayaan LPPSA/BANK.
Consultant Fee: RM50,000
No Additional Cost
No Additional Cost
Sudah Ada Pelan Rumah Tersebut?
Kami juga ada sediakan servis lukis pelan rumah untuk anda.
Meter Kekal TNB & SYABAS
Kami boleh bantu untuk mohon meter tersebut (optional)
TNB & SYABAS: RM4,500
No Additional Cost
Full Spec ataupun Low Spec?
Senarai penuh dan perbezaaan 2 spesifikasi ini akan dilampirkan dalam email anda.
Full Spec: RM49 psf
Low Spec: RM9 psf
Anggaran Kos Bina Rumah Anda Adalah :
Sila isi butiran berikut. Kami akan hantar quotation & senarai penuh spesifikasi ke email anda.
Ringkasan
Deskripsi | Informasi | Kuantiti | Kos |
---|---|---|---|
Discount : | |||
Total : |