Infotainment

Aksi Sekumpulan Semut Kantoi Angkut Rantai Emas Tarik Perhatian, Netizen Syak ‘Mereka’ Nak Jual Emas Untuk Beli Gula

Aksi Sekumpulan Semut Kantoi Angkut Rantai Emas Tarik Perhatian, Netizen Syak ‘Mereka’ Nak Jual Emas Untuk Beli Gula
Aksi Sekumpulan Semut Kantoi Angkut Rantai Emas Tarik Perhatian, Netizen Syak 'Mereka' Nak Jual Emas Untuk Beli Gula 1
January 28th, 2022 | by Shira

Kini Trending

Aksi Sekumpulan Semut Kantoi Angkut Rantai Emas Tarik Perhatian, Netizen Syak 'Mereka' Nak Jual Emas Untuk Beli Gula 2

Tak dinafikan, semut merupakan salah satu jenis serangga yang mampu membangkitkan emosi seseorang terutamanya buat suri rumah. Pantang makanan terdedah sahaja, habis dihurungnya!

Tetapi kali ini berbeza pula kisahnya apabila sekumpulan semut ini bukannya menghurung makanan tapi diangkutnya perhiasan emas. Dengar macam pelik kan? Tapi itulah sebenarnya yang berlaku di sebuah rumah di Indonesia.

Aksi Sekumpulan Semut Kantoi Angkut Rantai Emas Tarik Perhatian, Netizen Syak 'Mereka' Nak Jual Emas Untuk Beli Gula 4

Baru-baru ini, viral satu video di TikTok memperlihatkan sekumpulan semut kantoi sedang mengangkut rantai emas untuk dipindahkan ke tempat yang lain. Kejadian yang jarang berlaku itu berjaya dirakam oleh pemilik barang perhiasan tersebut sebelum dimuat naik di akaun TikTok, Nayanaya51430.

Namun mujurlah individu ini menyedari kejadian itu. Jika terlewat sikit, habis barangan berharga diangkut sekumpulan semut itu ke sarang. Dakwanya lagi, sekiranya rantai itu hilang, ianya secara tidak langsung akan menimbulkan fitnah dalam kalangan ahli keluarganya. Pasti mereka akan tertanya-tanya siapakah individu yang ‘mencuri’ rantai tersebut.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui agak hairan bagaimana sekumpulan semut tersebut boleh ‘bersepakat’ untuk mengangkut barang perhiasan itu.

Saya tidak tahu nak kata apa lagi, tetapi serius saya terkejut ke mana semut itu nak bawa rantai saya. Harap selepas ini orang lain akan tahu dan lebih berhati-hati dalam menyimpan barang. Ini modus pencurian yang baharu.

Video yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 2 juta tontonan dan menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur dengan ‘aksi’ tersebut. Malah segelintir daripada mereka sempat bergurau mengatakan sekumpulan semut itu mahu menjual rantai emas tersebut untuk membeli stok gula.

Sumber: Nayanaya51430


Aksi Sekumpulan Semut Kantoi Angkut Rantai Emas Tarik Perhatian, Netizen Syak 'Mereka' Nak Jual Emas Untuk Beli Gula 6

The following two tabs change content below.


Aksi Sekumpulan Semut Kantoi Angkut Rantai Emas Tarik Perhatian, Netizen Syak 'Mereka' Nak Jual Emas Untuk Beli Gula 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list