BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Bidang perniagaan teras syarikat adalah menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembinaan bangunan terutama kerja-kerja pembinaan rumah banglo persendirian. Pembinaan rumah-rumah banglo ini melibatkan lot-lot banglo kepunyaan syarikat, milik persendirian atau milik individu lain.

Pada kebiasaannya, ramai pelanggan kami meminta perkhidmatan pembinaan banglo di atas tanah milik mereka sendiri. Pihak kami bertindak sebagai ‘one stop center’ yang menguruskan projek pembinaan banglo pelanggan. Segala urusan seperti lukisan pelan, mendapatkan kelulusan pelan, pembiayaan pembinaan, tenaga kerja dan bahan binaan semuanya akan diuruskan oleh pihak kami.