Artikel Terkini

10 Exco Pahang angkat sumpah hari ini

10 Exco Pahang angkat sumpah hari ini
10 Exco Pahang angkat sumpah hari ini 1

KUANTAN – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Pahang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri hari ini.

Majlis angkat sumpah membabitkan lapan ADUN Barisan Nasional (BN) dan dua dari Pakatan Harapan (PH) itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al- Sultan Abdullah di Istana Abu Bakar, Pekan pada jam 3 petang tadi.

Lapan ADUN BN yang mengangkat sumpah ialah Datuk Seri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak (Benta),Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau), Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar),Tuan Ir Razali Kassim (Muadzam Shah), Datuk Seri Johari Harun (Pelangai), Datuk Mohamad Nizar Datuk Seri Mohamad Najib (Peramu Jaya), Datuk Sabariah Saidan (Guai), dan Fadzli Mohamad Kamal (Dong).

Selain itu ADUN mewakili Pakatan Harapan (PH) pula Sim Chon Siang (Teruntum) Leong Yu Man (Triang).

Pembentukan Kerajaan Negeri Pahang daripada gabungan BN dan PH apabila tiada parti memenangi majoriti  mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November lalu.

PRU15 lalu menyaksikan BN memperoleh 16 kerusi, Perikatan Nasional 17 dan  PH lapan.

Isnin lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 selepas diperkenankan oleh Pemangku Raja Pahang.

Beliau yang juga Pengerusi BN Pahang mengangkat sumpah di Istana Abu Bakar Pekan merupakan menyandang kerusi DUN Jelai selama lima penggal dilantik sekali lagi menjadi Menteri Besar Pahang sejak 15 Mei 2018. -MalaysiaGazette

10 Exco Pahang angkat sumpah hari ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list