Artikel Terkini

112 Lamborghini Berjaya Cipta ‘Malaysia Book Of Records’ Baharu

112 Lamborghini Berjaya Cipta ‘Malaysia Book Of Records’ Baharu
112 Lamborghini Berjaya Cipta 'Malaysia Book Of Records' Baharu 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Selepas hampir sebulan Lamborghini Owners Malaysia (LOM) mengumumkan mahu memecahkan rekod terdahulu, 77 buah kereta mewah berkuasa tinggi buatan Itali itu berkumpul di satu tempat. Akhirnya LOM berjaya mencipta ‘Malaysia Book Of Records’ baharu dengan kehadiran sebanyak 112 unit pada hari Sabtu baru-baru ini.

Perhimpunan untuk memecahkan rekod ini bukan sahaja disertai oleh ahli sedia ada LOM tetapi juga pemilik baharu Lamborghini yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli kelab yang sedang berkembang itu.

112 Lamborghini Berjaya Cipta 'Malaysia Book Of Records' Baharu 2

Kira-kira pukul 10.30 pagi, tarian singa mula dimainkan bagi meraikan unit ke-78, sebuah Lamborghini Murciélago yang dipandu sendiri oleh Presiden LOM, Dato’ Roslan Rosdi sambil membawa Duta Itali, Massimo Rustico masuk ke dalam ruang parkir terbuka Mandarin Oriental sebagai simbolik kelab kereta mewah Itali itu berjaya memecahkan rekod terdahulu.

112 Lamborghini Berjaya Cipta 'Malaysia Book Of Records' Baharu 4

Setelah jam menghampiri 12 tengah hari, sebanyak 112 unit Lamborghini yang terdiri daripada pelbagai model dan warna seperti Gallardo, Murciélago, Huracán, Aventador dan Urus memenuhi ruangan parkir terbuka itu.

Sorakan meriah dilaungkankan oleh ahli LOM dan orang ramai yang ada semasa semasa detik-detik bersejarah apabila pegawai dari Malaysian Book of Records menyerahkan sijil pengesahan untuk rekod baharu mereka itu.

“Pencapaian kami untuk memecah rekod tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli kami yang hadir pada pagi ini”, kata Roslan.

Tambah beliau lagi, ia mengambil masa selama tiga bulan untuk merancang program ini yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua ahli kelab.

Selain mencatatkan rekod baharu, LOM juga membantu dalam mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada empat badan kebajikan terpilih.

112 Lamborghini Berjaya Cipta 'Malaysia Book Of Records' Baharu 6

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini LOM mengumumkan mereka mahu berkumpul untuk pecahkan rekod terdahulu. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lebih 100 Buah Lamborghini Akan Berkumpul Untuk Cipta Rekod Baharu Malaysia

Keuntungan Lamborghini Meningkat Selepas Model Urus Laris Di China

Lamborghini Hasilkan ‘Face Mask’ Untuk Tangani COVID-19 Di Itali


112 Lamborghini Berjaya Cipta 'Malaysia Book Of Records' Baharu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list