Artikel Terkini

2 kanak-kanak gejala teruk HFMD dirawat di ICU

2 kanak-kanak gejala teruk HFMD dirawat di ICU
2 kanak-kanak gejala teruk HFMD dirawat di ICU 1

BANGI, 25 Syawal 1443H, Khamis – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan hanya dua kanak-kanak yang disahkan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mengalami gejala teruk dan memerlukan rawatan di Wad Rawatan Rapi (ICU) setakat semalam.

Beliau berkata, kedua-dua kes ini positif entovirus 71 (EV71), di mana seorang daripadanya telah beransur pulih dan tidak memerlukan bantuan pernafasan lagi, namun masih dipantau di ICU.

Manakala, kes kedua masih lagi memerlukan bantuan pernafasan tetapi dalam keadaan stabil, katanya.

“Dari 1 Januari hingga 25 Mei 2022, sebanyak 57,510 kes HFMD telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 24 kali ganda bagi tempoh yang sama bagi tahun 2021 (semasa pandemik) iaitu 2,333 kes.

“Jika dibandingkan dengan tempoh masa yang sama bagi tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19) peningkatan kes pada tahun 2022 adalah sebanyak 27,664 kes iaitu hampir sekali ganda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairy berkata, peningkatan kes mula melebihi paras waspada atau ‘alert line’ iaitu 878 pada minggu epid (ME) 11/2022 apabila sebanyak 895 kes dilaporkan.

Beliau berkata, kes HFMD semakin meningkat sehingga melebihi paras amaran iaitu 1215 pada ME14/2022 (3-9 April 2022) apabila sebanyak 1,653 kes dilaporkan.

“Peningkatan kes ketara berlaku sejak April 2022 berikutan pembukaan aktiviti sosial, termasuk sesi kehadiran penuh sekolah, taska, tadika dan tabika.

“Selain itu, kebersihan diri yang tidak terjaga terutama amalan mencuci tangan, penjarakan fizikal dan penggunaan pelitup muka boleh menyebabkan berlakunya jangkitan HFMD,” katanya.

Katanya, peningkatan kes semakin memuncak pada ME20/2022 dan ME21/2022 disebabkan oleh aktiviti sosial semasa sambutan Hari Raya.

Beliau berkata, sehingga kini bilangan kes mingguan terus meningkat dengan julat kes dilaporkan antara 1,500 ke 15,000 seminggu atau 300 hingga 2,000 kes sehari.

Menurut Khairy, Selangor adalah negeri tertinggi mencatatkan kes HFMD iaitu 16,286 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (7,298), Perak (5,045), Kelantan (4,194) serta Sabah (3,829).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

2 kanak-kanak gejala teruk HFMD dirawat di ICU 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list