Infotainment

‘Rogol Tidak Kelakar’- Pandelela Rinong Dedah Bekas Jurulatih Selalu Buat Lawak Berunsur Lucah

‘Rogol Tidak Kelakar’- Pandelela Rinong Dedah Bekas Jurulatih Selalu Buat Lawak Berunsur Lucah
'Rogol Tidak Kelakar'- Pandelela Rinong Dedah Bekas Jurulatih Selalu Buat Lawak Berunsur Lucah 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Semalam kecoh di media sosial apabila sedutan rancangan TV tular memaparkan seorang pelakon menceritakan secara terperinci adegan rogol di dalam sebuah filem. Kenyataan yang dikeluarkan pelakon tersebut mendapat kecaman netizen dan juga pengacara serta penerbit rancangan itu juga terima kemarahan netizen.

Lantaran isu tersebut, Pandelela Rinong yang merupakan penerjun negara telah berkongsi kisahnya berdepan dengan bekas jurulatihnya suka buat lawak berunsur lucah. Disebabkan rasa takut terhadap jurulatihnya itu, beliau berdiam diri dan tampil dengan ‘fake laugh’ depan jurulatihnya itu.

Tambahnya, apabila beliau sudah tidak tahan dengan lawak berunsur lucah itu maka beliau pun menegur tindakan jurulatihnya tetapi beliau kena buli selepas itu. Jurulatih tersebut terlibat dalam kes rogol pada 7 tahun lepas.

Menurutnya, setiap tahun jurulatih itu akan ada kes tetapi para atlet tidak dapat berbuat apa-apa kerana jurulatih tersebut di ‘backup’ oleh ketua jurulatih. Para atlet bernasib baik kerana nasib mereka dibela oleh persatuan sukan dan kini mereka selamat daripada ancaman seperti lawak berunsur lucah.

Bukan itu sahaja, Pandelela menegaskan bahawa lawak rogol bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan dan tidaklah kelakar. Malah, beliau mengatakan perkara ini perlu dilawan agar hal seperti ini tidak berlaku lagi.

Isu yang dibangkitkan oleh Pandelela Rinong itu mendapat perhatian Khairy Jamaluddin yang pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan satu ketika dahulu.

Menurut Khairy, walaupun keputusan pihaknya berhubung isu tuduhan itu masih mendapat kritikan tetapi beliau tidak menyesali tindakannya.

Tambahnya, keselamatan atlet meliputi fizikal dan mental untuk atlet kekal bersemangat meraih pingat di sebarang kejohanan.

Bagi anda yang terlepas isu yang berlaku, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Netizen Terkejut Bagaimana Perkongsian Jijik Oleh Fauzi Nawawi Ini Lulus Untuk Siaran Umum

Ini Respons Balas Raja Farah Selepas Namanya Disebut Dalam Sebuah Rancangan

Terima Permintaan Maaf, Bekas Kekasih Kim Seon Ho Sahkan Wujud ‘Salah Faham’


'Rogol Tidak Kelakar'- Pandelela Rinong Dedah Bekas Jurulatih Selalu Buat Lawak Berunsur Lucah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo