Infotainment

Dinafikan Hak Oleh KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Undang Kemarahan Netizen

Dinafikan Hak Oleh KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Undang Kemarahan Netizen
Dinafikan Hak Oleh KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Undang Kemarahan Netizen 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pandu lalu merupakan antara kemudahan yang diberikan kepada pelanggan untuk membeli makanan tanpa perlu keluar dari kereta dan memudahkan para pelanggan. Apakah perasaan anda apabila hak anda dinafikan untuk membeli makanan secara pandu lalu kerana anda ‘istimewa’?

Terbaharu, pengguna TikTok @aira_meor telah berkongsi luahan kekecewaan apabila dirinya tidak boleh membuat pesanan di pandu lalu KFC. Aira merupakan seorang kelainan upaya kerana pekak bisu dan mahu membuat pesanan di pandu lalu tetapi dirinya diminta untuk masuk ke dalam restoran untuk membuat pesanan.

@aira_meor

Sy kecewa sikit buat kali 2. Xpe sy merayu pihak KFC HQ menaik taraf screen utk Pekak. #kfc #tiktokmalaysia #bahasaisyaratmalaysia #fyp #deafawarness

♬ Sadness – Official Sound Studio

Bayangkan perasaan Aira yang sudah lapar dan beratur di kaunter pandu lalu tetapi perlu masuk ke restoran pula untuk membuat pesanan. Menurut pekerja KFC itu, Aira perlu membuat pesanan di dalam kerana tidak boleh mengambil pesanan melalui ‘screen’ sedangkan sebelum ini boleh. Oleh itu, Aira mahu suara kecilnya didengar dan meminta pihak KFC menaik taraf screen untuk golongan pekak bisu.

Video tersebut tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati kepada wanita tersebut yang terpaksa berdepan dengan situasi seperti itu.

Dinafikan Hak Oleh KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Undang Kemarahan Netizen 2

Dinafikan Hak Oleh KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Undang Kemarahan Netizen 4

Dinafikan Hak Oleh KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Undang Kemarahan Netizen 6

Malah, para netizen juga mendesak agar pihak KFC menaik taraf sistem mereka agar kejadian seperti ini tidak berulang dan orang kurang upaya juga akan mendapat layanan sama rata. Bukan itu sahaja, para netizen turut menzahirkan rasa kecewa kerana layanan yang diberikan kepada wanita terbabit.

Lantaran video yang tular itu, pihak KFC telah meminta maaf kepada wanita tersebut dan mengatakan tindakan sewajarnya telah diambil. Diharap dengan perkongsian wanita ini, tiada kejadian seperti ini berulang dan dapat memberi kesedaran kepada orang ramai.

Tahukah anda bahawa ada individu mendakwa saiz ayam goreng KFC yang dibelinya bersaiz kecil. Klik Pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Kecewa Terima Ayam KFC Bersaiz Paket Sos Cili, Luahan Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil

Tuah Melamar Di KFC, Pasangan Ini Tarik Perhatian Syarikat Besar Menaja Perkahwinan Mereka


Dinafikan Hak Oleh KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Undang Kemarahan Netizen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo