Infotainment

Pernah Dihalau Kebasahan Di Tengah Rintik Hujan, Iqbal Namakan Single Lagu Baru Sebagai ‘Hujan’

Pernah Dihalau Kebasahan Di Tengah Rintik Hujan, Iqbal Namakan Single Lagu Baru Sebagai ‘Hujan’
Pernah Dihalau Kebasahan Di Tengah Rintik Hujan, Iqbal Namakan Single Lagu Baru Sebagai ‘Hujan’ 1

Usahawan yang namanya menjadi siulan netizen sejak kebelakangan ini, Ahmad Iqbal Zulkefli khabarnya akan muncul dengan single lagu pertama berjudul ‘Hujan’ tidak lama sahaja lagi.

Michael Ang

Menafikan sekeras-kerasnya mengenai kontroversi yang melibatkan dia bersama bekas majikan, Datuk Seri Vida sebelum ini yang dikatakan sebagai strategi pemasaran semata-mata, Iqbal berkata dia memang tekad untuk menghasilkan lagu tersebut tanpa melibatkan sebarang spekulasi.

Jelasnya lagi, jika sesuatu perkara itu dilakukan olehnya hanya untuk tujuan ‘marketing’, dia akan memaklumkan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, mengenai lagu Hujan, Iqbal memaklumkan bahawa single itu mengisahkan mengenai perjalanan hidup serta suka-duka yang dilaluinya selama ini.

1 November lagu saya yang bertajuk Hujan (Official Music Video) bakal ditayangkan di YouTube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini.

Terima kasih pengarah video muzik Eric Fuzi kerana sanggup menuruti kemahuan saya dengan penggambaran yang memakan masa 24 jam. Bermula 6 pagi sehinggalah 6 pagi keesokan harinya.

Iqbal juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat bagi merealisasikan impiannya itu.

Sementara itu, Iqbal juga menjawab pertanyaan netizen yang merasakan lagu tersebut sesuai diberi tajuk sebagai ‘Banjir’ dan bukannya ‘Hujan’ bagi menggambarkan dengan lebih tepat lagi dugaan yang dialami olehnya selama ini.

“HUJAN kerana waktu itu saya kebasahan di tengah hujan, dihalau ketika sedang hujan lebat. Bukan banjir.” jelasnya ringkas.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Pernah Dihalau Kebasahan Di Tengah Rintik Hujan, Iqbal Namakan Single Lagu Baru Sebagai ‘Hujan’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo