Infotainment

Lebih 320,000 Belia Mendaftar Jadi Sukarelawan Program MyVac Sejak Februari Lalu

Lebih 320,000 Belia Mendaftar Jadi Sukarelawan Program MyVac Sejak Februari Lalu
Lebih 320,000 Belia Mendaftar Jadi Sukarelawan Program MyVac Sejak Februari Lalu 1

Kini Trending

Lebih 320,000 Belia Mendaftar Jadi Sukarelawan Program MyVac Sejak Februari Lalu

The Straits Time

Baru-baru ni kerajaan telah mengumumkan yang rakyat Malaysia dah boleh merentas negeri. Haa..memang berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh kita semua kan? Tapi, kebenaran ni hanya untuk individu yang dah lengkap dua dos vaksin je tau!

Macam yang korang tahu, pada masa ni hampir 95% penduduk dewasa di Malaysia sudah pun lengkap divaksinasi. Walaupun dah hampir mencapai 100%, tapi kita jangan lupa pula jasa ribuan sukarelawan yang berpenat lelah membantu melancarkan program vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin seluruh negara.

Lebih 320,000 Belia Mendaftar Jadi Sukarelawan Program MyVac Sejak Februari Lalu 4

THOMAS YONG/The Star

Kalau korang nak tahu, program Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan beberapa pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang lain untuk membantu melancarkan program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, jumlah individu yang mendaftar untuk program berkenaan mencecah 320,000 orang sejak pendaftaran dibuka Februari lalu dan daripada jumlah itu, seramai 8,187 sukarelawan bukan kesihatan MyVac telah ditempatkan di 417 buah PPV di seluruh negara.

Lebih 320,000 Belia Mendaftar Jadi Sukarelawan Program MyVac Sejak Februari Lalu 6

IZZRAFIQ ALIAS/The Star

“Kalau diikutkan kepada respon (pendaftaran), ia sangat menggalakkan, malah, jumlah yang kita ada juga sudah melebihi (keperluan),” tambahnya lagi.

Ini menunjukkan yang golongan belia di negara kita sangat berminat dengan kerja-kerja kesukarelawanan dalam membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok. Syabas, anak muda!

“Bersyukur terpilih jadi sukarelawan MyVac” – Murshyid, 24

Lebih 320,000 Belia Mendaftar Jadi Sukarelawan Program MyVac Sejak Februari Lalu 8

Menurut Mohamad Murshyid Bin Mat Nordin, mahasiswa yang baru saja menamatkan pengajian, beliau bersyukur diberi peluang untuk menyertai program kesukarelawanan MyVac di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Baginya, pengalaman bertugas dengan pelbagai agensi dan berinteraksi dengan ribuan penerima vaksin sukar untuk diperoleh di mana2 tempat selepas ini, sekaligus menambah keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang awam. 

“Program sukarelawan begini wajar diteruskan mengikut keperluan semasa kerana banyak kemahiran insaniah yang akan diperoleh untuk kegunaan masa hadapan”, tambahnya lagi. 

Lebih 320,000 Belia Mendaftar Jadi Sukarelawan Program MyVac Sejak Februari Lalu 10

Bagi Khairuddin bin Othman pula, pengalaman sukarelawan bersama KBS dalam membantu mempersiapkan SOP bagi memulakan program bantuan COVID-19 adalah sangat berguna dalam membantunya memimpin syarikat, mencari idea dan inisiatif untuk membantu belia-belia lain.

Beliau yang mengikuti misi bantuan banjir pantai timur 2014, Kem jutaan belia (Himpunan Jutaan Belia 2012) dan Program Bantuan COVID-19 sangat terkesan kerana dapat melihat sendiri bagaimana kesusahan yang dialami masyarakat dan juga bagaimana susun atur yang disusun KBS dapat memberi impak yang baik dalam melancarkan bantuan.

KBS juga terus menerus memperkasakan golongan orang kurang upaya (OKU) dengan melaksanakan pelbagai inisiatif terutamanya semasa pandemik

Lebih 320,000 Belia Mendaftar Jadi Sukarelawan Program MyVac Sejak Februari Lalu 12

Jelas Mohd Faiz Bin Shuhaimi, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia dan juga OKU pendengaran, Program Sukarelawan KBS ini membuka peluang penyertaan yang inklusif dan sepenuhnya untuk belia-belia OKU sama-sama menyumbangkan tenaga dan kemahiran mereka dalam membantu masyarakat.

Sejak menyertai program sukarelawan dibawah Majlis Belia Malaysia semenjak dari tahun 2016, Faiz telah terlibat dalam beberapa program sukarelawan seperti mobilisasi bantuan COVID-19, bencana banjir dan program kesukarelaan bersama masyarakat setempat. 

Lebih 320,000 Belia Mendaftar Jadi Sukarelawan Program MyVac Sejak Februari Lalu 14

Sebagai pengiktirafan kepada semua belia Malaysia dan pencapaian mereka, KBS akan mengadakan sambutan Hari Belia Negara 2021 secara langsung di Facebook, pada 30 Oktober ini (Sabtu), jam 3 petang. Jadi, jangan lepaskan peluang korang untuk sama-sama memeriahkan acara ini dengan pelbagai aktiviti menarik, ok!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web KBS, Facebook dan Instagram mereka untuk sebarang updates terkini.

 


Lebih 320,000 Belia Mendaftar Jadi Sukarelawan Program MyVac Sejak Februari Lalu 16

The following two tabs change content below.

it ain’t watcha write
it’s the way atcha write it


Lebih 320,000 Belia Mendaftar Jadi Sukarelawan Program MyVac Sejak Februari Lalu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo