Infotainment

Anak Gadis Shuib Luah Rasa Rindu Terhadap Allahyarham Siti Sarah

Anak Gadis Shuib Luah Rasa Rindu Terhadap Allahyarham Siti Sarah
Anak Gadis Shuib Luah Rasa Rindu Terhadap Allahyarham Siti Sarah 1

Tidak dinafikan, pemergian penyanyi berbakat dan juga isteri kepada Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah Raisuddin masih tetap dirasai sehingga ke hari ini walaupun sudah hampir tiga bulan Allahyarham pergi meninggalkan kita semua.

Shuib dan anak-anak

Ahli keluarga Allahyarham pastinya sangat rindu dengan beliau kerana hubungan mereka sekeluarga sememangnya akrab dan kehilangannya meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Menerusi hantaran video pengguna Instagram Suci Uwais, kelihatan anak gadis Shuib bernama Talita atau lebih mesra dengan panggilan Dek Ta menulis sepotong ayat menyayat hati pada sekeping kertas seperti menggambarkan dirinya merindui arwah ibunya, Siti Sarah.

I miss you mummy

Seperti yang sedia maklum, Shuib bersama anak-anak dan ahli keluarganya yang lain kini sedang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah namun percutian mereka kali ini pastinya berbeza tanpa kehadiran Siti Sarah.

Anak Shuib dan Siti Sarah

Ternampak Dek Ta tulis ayat ini. Ya Allah luluh hati, sebak. Mungkin dia rasa ralat bercuti kali ini tanpa ibu.

Tambah pengguna Instagram tersebut, jelas terpancar kerinduan dari cara pandangan Talita dan pengguna itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk Talita serta yang menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Sekadar info, nama lengkap Talita ialah Dzahira Talita Zahra dan dia kini berumur lapan tahun. Talita juga merupakan anak kedua pasangan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Anak Gadis Shuib Luah Rasa Rindu Terhadap Allahyarham Siti Sarah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo