Infotainment

ASUS VivoBook 13 Slate OLED Ialah Komputer Riba Terbaru ASUS Yang Berkonsepkan Microsoft Surface

ASUS VivoBook 13 Slate OLED Ialah Komputer Riba Terbaru ASUS Yang Berkonsepkan Microsoft Surface
ASUS VivoBook 13 Slate OLED Ialah Komputer Riba Terbaru ASUS Yang Berkonsepkan Microsoft Surface 1

Siri komputer riba ASUS VivoBook cukup terkenal dikalangan pengguna untuk rekaannya yang minimalis, tetapi masih lagi hadir dengan komponen-komponen dalaman yang cukup berkuasa untuk tugasan-tugasan harian pada harga yang boleh dikatakan agak mampu milik.

Baru-baru ini, ASUS dilihat telah mengembangkan penawaran VivoBook mereka dengan memperkenalkan sebuah model baru yang dinamakan ASUS VivoBook 13 Slate OLED yang merupakan sebuah komputer riba tablet dengan rekaan hampir mirip seperti sebuah tablet Microsoft Surface.

ASUS VivoBook 13 Slate OLED Ialah Komputer Riba Terbaru ASUS Yang Berkonsepkan Microsoft Surface
ASUS VivoBook 13 Slate OLED Ialah Komputer Riba Terbaru ASUS Yang Berkonsepkan Microsoft Surface 8

Ia hadir dengan paparan OLED sesentuh bersaiz 13.3 inci dengan resolusi Full HD dan nilai kecerahan 550 nit. Bagi mereka yang mementingkan kejituan warna, komputer riba ini juga disahkan boleh memaparkan 100 peratus gamut warna DCI-P3 dan hadir dengan sokongan Dolby Vision untuk tontonan video yang tiada tandingan.

Dari segi komponen dalaman, VivoBook 13 Slate OLED ini dilengkapi dengan CPU Intel Pentium Silver N6000 dan hadir dengan pilihan memori DDR4 4GB dan 8GB, manakala storan dalamannya pula hadir dengan pilihan storan eMMC 128GB dan juga SSD PCIe 3.0 sehingga 256GB.

ASUS VivoBook 13 Slate OLED Ialah Komputer Riba Terbaru ASUS Yang Berkonsepkan Microsoft Surface 3
ASUS VivoBook 13 Slate OLED Ialah Komputer Riba Terbaru ASUS Yang Berkonsepkan Microsoft Surface 9

Dari segi I/O, komputer riba ini dilengkapi dua palam USB 3.2 Type-C, satu palam audio 3.5mm dan juga satu pembaca kad microSD terbina didalamnya.

Seperti sebuah peranti Surface, VivoBook 13 Slate OLED ini juga hadir dengan papan kekunci bersaiz penuh yang boleh dicabut untuk menjadikannya sebuah tablet yang boleh didirikan melalui tapak kaki di belakang bahagian tablet tersebut.

ASUS VivoBook 13 Slate OLED Ialah Komputer Riba Terbaru ASUS Yang Berkonsepkan Microsoft Surface 4
ASUS VivoBook 13 Slate OLED Ialah Komputer Riba Terbaru ASUS Yang Berkonsepkan Microsoft Surface 10

Dari segi bateri, ia dilengkapi dengan bateri 50Wh yang boleh dicas menggunakan pengecas USB Type-C tanpa sebarang masalah. ASUS mengatakan bahawa bateri komputer riba ini boleh dicas sehingga 60 peratus dalam masa 39 minit sahaja, memberikan pengguna jangka hayat penggunaan yang agak panjang walaupun dengan pengecasan sementara.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa komputer riba VivoBook 13 Slate OLED ini akan ditawarkan di pasaran tempatan dalam masa terdekat ini, tetapi tidak mengesahkan tarikh khusus, dan juga tanda harga permulaan setakat ini.

ASUS VivoBook 13 Slate OLED Ialah Komputer Riba Terbaru ASUS Yang Berkonsepkan Microsoft Surface 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo