Sejak pagi tadi, tular di media sosial satu video kemalangan yang melibatkan 7 buah kenderaan termasuk sebuah lori di Kilometer (KM) 4, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KRK) arah timur menyebabkan kesesakan hampir dua jam dari Gombak.
Video yang dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mdm Noor Muktar itu telah mendapat perhatian ramai dan diulang siar oleh pengguna yang lain berikutan keadaan yang agak sesak di lebuh raya tersebut ketika ini.
Dalam makluman yang dikongsikan Kosmo!, difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi sehingga trafik sesak sejauh 20.5 km dari MRR2 hingga ke Bukit Tinggi
Namu begitu, menerusi video yang dikongsikan tersebut, dapat dilihat seorang wanita berjalan terhincut-hincut menghala ke tepi lebuh raya susulan kemalangan yang berlaku tadi.
Dapat diperhatikan juga sebuah kereta Perodua Myvi dihadapannya remuk bahagian depan dan belakang serta beberapa kenderaan lagi yang rosak disebabkan pelanggaran tersebut.
Susulan daripada itu, rata-rata warganet yang melihat video tersebut berasa sebak kerana mungkin ada lagi mangsa yang mengalami kecederaan disebabkan kemalangan yang terjadi tadi.
Mereka juga berharap tidak ada yang mengalami kecederaan serius dan sedang menanti berita sahih berkenaan kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KRK) pagi tadi.
Sumber: Facebook Mdm Noor Muktar, Instagram Kosmo
kontraktor rumah bina rumah pinjaman lppsa pengeluaran kwsp spesifikasi rumah rumah ibs pelan rumah rekabentuk rumah bina rumah atas tanah sendiri kontraktor rumah selangor rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo