Artikel Terkini

Acharya Kanad: Pengasas Teori Atom Pertama Dunia?

Acharya Kanad: Pengasas Teori Atom Pertama Dunia?
Acharya Kanad: Pengasas Teori Atom Pertama Dunia? 1

Dalam dunia sains, terutamanya dalam bidang kimia, kita mengetahui bahawa saintis yang mengasaskan teori atom ialah John Dalton pada abad ke-19 Masihi. Sehingga kini saintis masih merujuk teori Dalton ini dalam mengkaji mineral-mineral di Bumi.

Walaupun begitu, John Dalton bukanlah pengasas yang dunia Barat canang-canangkan. Sebenarnya teori atom ini telah wujud pada 2,500 tahun lalu. Pengasas terawal teori ini ialah seorang ahli falsafah India bernama Acharya Kanad.

Benarkah ahli falsafah India ini mengasaskan teori atom sebelum Dalton? Apakah bukti yang mempu menjelaskan dakwaan sebegini?

ASAL-USUL ACHARYA KANAD

Acharya Kanad, ahli falsafah India yang didakwa sebagai pengasas teori Atom pertama. (Foto dari Ancient Origins)

Kita kenali dahulu siapakah Acharya Kanad ini. Acharya lahir pada tahun 600 SM di sebuah penempatan bernama Prabhas Kshetra yang berada di Gujerat, India. Nama sebenar beliau ialah Kashyap.

Ketika Kashyap melakukan ziarah di kota Prayag, beliau melihat kelakuan para penziarah menaburkan beras dan kelopok bunga di tepi jalan sebagai cara memberikan korban. Kashyap kemudian mengutip semula beras tersebut tanpa menghiraukan pandangan aneh dari masyarakat.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Kemudian seseorang bertanya kepada Kashyap mengapa beliau berbuat demikian yang pengemis pun tidak mahu mengutipnya. Kashyap menerangkan bahawa jika sebutir beras dikutip memang tidak berguna, namun jika berbutir-butir beras dikumpulkan bersama, kita mampu sediakan satu hidangan nasi. Jika kumpul lebih banyak beras, bukan saja kita dapat memberi makan kepada satu keluarga, malah satu masyarakat! Maka, Kashyap menganggap sebutir beras mempunyai nilai kekayaannya.

Kisah Kanad tentang mengutip butir beras adalah kisah yang penting menuju kepada pembentukan idea atom. (Foto dari Ancient Origins)

Dari perbualan Kashyap menjadikan masyarakat memanggil beliau dengan nama Kanad, di mana suku kata ‘Kan’ bermaksud zarah terkecil. Kanad kemudian tertarik dengan dunia ghaib dan mula mengembangkan idea tentang zarah terkecil. Kemudian beliau menulis tentang idea tersebut dan mengajar kepada para pelajar akan idea zarahnya. Di sinilah Kanad mendapat gelaran ‘Acharya Kanad’ yang bermaksud guru zarah kecil.

IDEA ACHARYA TENTANG ATOM

Semasa Kanad membawa makanannya berupa beras, beliau pecahkan sebutir beras sehingga sampai tahap di mana dia tidak mampu pecahkannya lagi. Hasilnya, beras bersaiz amat kecil sehingga tidak dapat dipecahkan. Kanad kemudian memberikan konsep tentang idea zarah iaitu benda yang tidak boleh dibahagikan. Konsep zarah ini Kanad panggil dengan nama Parmanu atau anu (atom).

Kanad menjelaskan bahawa Parmanu tidak boleh dikesan oleh organ manusia dan tidak dapat dilihat secara mata kasar. Parmanu boleh digabungkan dengan Parmanu lain. Jika dua Parmanu yang mempunyai kandungan yang sama dan bergabung, akan terhasilnya Dwinuka yang bermaksul molekul binari. Dwinuka mempunyai kandungan yang sama dengan Parmanu yang bergabung.

Kanad juga memberitahu bahawa bahan baru akan terhasil jika Parmanu bergabung dengan Parmanu yang berbeza. Beliau juga menekankan idea bahawa atom boleh digabungkan dengan pelbagai cara bagi menghasilkan perubahan kimia melalui beberapa faktor seperti api. Contoh yang mengukuhkan teori Kanad ialah kawasan hangus di bahagian bawah tembikar dan permatangan buah-buahan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Acharya Kanad seterusnya menubuhkan sekolah bernama sekolah falsafah Vaisheshika. Dengan sekolah inilah beliau mampu menyebarkan teori atomnya bersama ilmu tentang alam semesta dengan mengajar. Kanad menulis buku tentang kajiannya berjudul Vaisheshik Darshan, dan terkenal dengan gelaran ‘Bapa Teori Atom’.

KERAGUAN KANAD SEBAGAI BAPA TEORI ATOM

Penulis laman web The Wire dan ahli falsafah sains bernama S.K. Arun Murthi menyatakan bahawa persamaan teori atom Kanad dan John Dalton adalah aneh dan menegaskan bahawa sekolah Vaisheshika tidak berhak mendapat merit dalam dunia sains. Murthi kategorikan bahawa teori atom Kanad adalah sebahagian dari bidang metafizik.

Sekolah Vaisheshika mengajar tentang 7 kategori yang wujud dalam alam semesta, iaitu:

1.Dravyam (Jisim)

2.Guna (Kualiti)

3.Karma (Tindakan)

4.Samanya (Persamaan spesis)

5.Vishesha (Ciri yang unik)

6.Samavaya (Kekal atau sebahagian dari keseluruhan)

7.Abhava (ketidakwujudan)

Manakala Dravyam pula dibahagikan kepada 9 kategori iaitu:

1.Prithvi (Bumi)

2.Jala (Air)

3.Teja (Cahaya)

4.Vaayu (Gas)

5.Aakaasa (bahan organik ether)

6.Dika (Arah/Dimensi angkasa)

7.Kaala (Masa)

8.Maanas (Minda)

9.Atma (Nyawa)

Ilmu alam semesta ini yang diajar oleh Acharya Kanad terang-terangan mengajarkan bidang metafizik, menurut Murthi sendiri. Tidak ada pengajaran yang berasaskan kajian saintifik yang boleh mengukuhkan teori atom Kanad ini.

Di Barat, teori atom dikemukakan pada abad ke-5 SM oleh dua orang ahli falsafah Yunani bernama Leucippus dan Democritus, walaupun teori mereka tidak dianggap ‘saintifik’. Sama ada teori Kanad mempengaruhi dua orang ahli falsafah ini atau sebaliknya, perkara ini adalah misteri untuk dirungkaikan.

Ilustrasi Leucippus (kiri) dan Democritus (kanan) oleh Luca Giordano.

Namun, teori atom John Dalton lagi relevan kerana peranan beliau sendiri sebagai pengkaji dalam bidang yang dia mahir iaitu kimia. Teori atom Dalton yang dikategorikan sebagai ‘teori atom saintifik pertama dunia’ diasaskan melalui kajian-kajian lepas. Dari kajian lepas, Dalton kumpulkan dan kemudian mengasaskan teori atom yang boleh diukur dan diuji. Dari sinilah, teori atom Dalton masih digunapakai sehingga kini.

Ilustrasi John Dalton oleh Thomas Philips.

Apapun hujah yang bersifat membangkang, teori atom Kanad mempunyai asasnya juga walaupun ia bersifat falsafah . Penerangan beliau tentang zarah tidak boleh dibahagikan seiring dengan kajian saintifik tentang atom itu sendiri. Adalah menarik ahli falsafah India telah lama mengemukakan kewujudan atom sebelum ia menjadi teori saintifik yang diasakan Dalton.

RUJUKAN:

Gillan, J. 14 April 2022. Acharya Kanad: An Indian Sage Who Developed Atomic Theory 2,600 Years Ago. Ancient Origins.

 

S.K. Arun Murthi. 10 March 2017. Were the ‘Atoms’ of Acharya Kanad a Product of Science or Speculative Metaphysics? The Wire.

Acharya Kanad: Pengasas Teori Atom Pertama Dunia? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list