Artikel Terkini

Anak-Anak Minta Ibu Tiri, Shuib Mula Buka Hati

Anak-Anak Minta Ibu Tiri, Shuib Mula Buka Hati
Anak-Anak Minta Ibu Tiri, Shuib Mula Buka Hati 1

Pelawak dan usahawan popular, Shuib Sepahtu mendedahkan anak-anaknya ada menyuarakan hasrat mahukan wanita yang boleh menyayangi mereka seperti seorang ibu.

Memetik Astro Gempak, Shuib melihat keempat-empat anaknya itu memerlukan seseorang selepas lebih setahun pemergian ibu mereka, Allahyarham Siti Sarah.

BACA: “Saya Tak Nak Cakap Lebih, Takut Lukakan Hati Ramai Pihak” – Shuib

“Mereka ada masa rindu dan menangis mengenangkan ibu mereka. Ada kala mereka ada cakap best bila ada ibu baharu dan sebagainya. Saya tahu mereka memang faham apa yang berlaku tapi secara zahirnya saya dapat rasa mereka memerlukan seseorang.

“Mereka selalu beritahu alangkah seronoknya jika ada ‘aunty’ yang boleh menemani mereka untuk berjalan-jalan dan sebagainya sebab itu ibu mentua saya juga sering bersama mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berkongsikan dia kini seolah-olah sudah membuka hatinya untuk mencari seseorang yang boleh menjadi ibu kepada anak-anaknya.

“Sejak menjadi’ ibu’ dan bapa mereka ini saya belajar dan memahami banyak benda… kalau dulu rasanya bila orang tanya bila hendak berumah tangga kembali tu saya sendiri tak tahu.

“Tapi kini bila masa dah berjalan… saya nampak mungkin dah ada ke arah itu. Cuma saya belum bersedia untuk berkongsi kepada semua buat masa ini.

“Perasaan tu tak boleh dipaksa suka dan sayang itu datang secara natural bila masa Allah bukakan hati itu kita tak dapat hendak mengawalnya,” katanya.

Ditanya mengenai ciri-ciri wanita yang boleh menjadi isterinya, Shuib berkata apa yang penting baginya adalah kebahagiaan anak-anaknya. Shuib juga berharap wanita tersebut mempunyai sifat keibuan untuk menyayangi anak-anaknya.

“Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab misi seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara.

“Jadi wanita itu biarlah yang ada sifat keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya. Ciri-ciri untuk saya tak berapa penting kerana bila dah ada anak keutamaan pada mereka yang sedang membesar.

“Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami serasi. Lagipun pilihan itu nanti yang akan sehidup semati dengan saya. Insya-Allah harap-harap adalah nanti,” katanya.


Anak-Anak Minta Ibu Tiri, Shuib Mula Buka Hati 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list