Artikel Terkini

Anak Arwah Ashraf Sinclair Pimpin Bacaan Yasin Sempena Hari Lahir Bapa

Anak Arwah Ashraf Sinclair Pimpin Bacaan Yasin Sempena Hari Lahir Bapa
Anak Arwah Ashraf Sinclair Pimpin Bacaan Yasin Sempena Hari Lahir Bapa 1

Pejam celik sudah 2 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair. Sempena ulang tahun kelahiran arwah baru-baru ini, anak tunggalnya, Noah Aidan memimpin bacaan Yasin buat bapanya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, balu arwah yang juga selebriti popular Bunga Citra Lestari berkongsikan suasana pilu seisi keluarga ketika di pusara.

BACA: Titip Ucapan Hari Bapa Buat Arwah Suami, Peminat Tak Mahu BCL Kahwin Lain

Ibu kepada arwah Ashraf iaitu Dida Sinclair turut meluahkan rasa rindu apabila berkesempatan melawat pusara anaknya itu di Jakarta.

Lebih sebak, ibunya berkata dia tidak pernah terlepas untuk menitipkan doa buat anaknya itu agar ditempatkan di kalangan orang beriman dan di syurga.

“Al-Fatihah untuk Almarhum Ashraf. Umi dan daddy berada disini sempena hari lahir ulang tahun kelahiran Ashraf. Noah memimpin bacaan surah Yasin bersama seluruh keluarga tercinta di Jakarta. Umi tidak pernah terlepas membacakan doa untuk Ashraf ditempatkan ke dalam syurga, Amin,” tulisnya.

Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Sinclair kini berusia 12 tahun. 

Pada 18 Februari 2020, Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun di sebuah pusat perubatan di Jakarta kira-kira jam 4 pagi akibat serangan jantung.


Anak Arwah Ashraf Sinclair Pimpin Bacaan Yasin Sempena Hari Lahir Bapa 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list