Artikel Terkini

Anthony patut utamakan golongan miskin tanpa ketepi OKU

Anthony patut utamakan golongan miskin tanpa ketepi OKU
Anthony patut utamakan golongan miskin tanpa ketepi OKU 1

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan sepatutnya memberikan keutamaan untuk membantu golongan miskin terlebih dahulu tanpa mengenepikan Golongan Kurang Upaya (OKU).

Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Mak Kah Keong berkata, dalam kalangan OKU adanya antara mereka yang hidup kaya raya.

“Apa yang saya tahu dalam kalangan orang miskin adanya OKU dan sudah pasti tiada yang kaya raya. Kenapa tidak membuat satu polisi yang berpihak kepada golongan miskin terlebih dahulu dan friendly OKU tidak diketepikan” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kah Keong berkata demikian susulan kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa golongan OKU boleh menggunakan pengangkutan awam tanpa perlu membayar tambang tidak lama lagi.

Perkara itu dicadangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri sebelum ini.

Bagaimanapun Anthony berkata, terdapat implikasi kewangan yang perlu dilihat sebelum sebarag keputusan dan pengumuman dibuat.

Dalam perkembangan sama Kah Keong berkata, usaha kementerian untuk memperkasa OKU tidak salah tetapi perlu bijak melaksanakan polisi yang menjadi keutamaan.

Jangan didiskriminasi golongan OKU kerana ada diantara mereka berupaya dalam kewangan tetapi, masalah dari segi kemudahan yang disediakan, katanya.

“Ramai di Malaysia, golongan OKU yang berjaya antaranya Lee Thiam Wah pengasas 99 Speedmart dan Ras Adibah Radzi seorang ahli politik.

“Cadangan saya adalah Kementeri Pengangkutan harus menambahbaik kemudahan yang sedia ada untuk memudahkan mereka menjalani kehidupan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Anthony patut utamakan golongan miskin tanpa ketepi OKU 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list