Artikel Terkini

Anwar, Ahmad Dusuki ‘perang’ di Twitter

Anwar, Ahmad Dusuki ‘perang’ di Twitter
Anwar, Ahmad Dusuki 'perang' di Twitter 1

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat ‘berperang mulut’ dengan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani di Twitter.

Ia berikutan ‘rasa tidak puas hati’ Dusuki terhadap tindakan Anwar yang didakwa ketika menyampaikan ceramah di sebuah masjid di Pulau Pinang.

“Saya antara nama yang di senarai nama yang di larang berkuliah di Pulau Pinang oleh Majlis agama Islam Pulau Pinang sebagaimana di sebar di media media massa di sebabkan saya tidak ada TAULIAH katanya.

“Manakala hamba Allah ini pula? ada tauliah jugakah? Saya menunggu jawapan dan tindakkan dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang… Haram keluarga saya dan keturunan saya mengundi PH kali ini!!! Noktah,” kata Dusuki di Instagram beliau.

Status itu merujuk kepada gambar Anwar sedang memberi tazkirah kepada jemaah di negeri pimpinan DAP itu.

Status itu dimuatnaik pengguna Twitter yang membuat ciapan menjelaskan gambar berkenaan.

Menurut cikyaniee, Anwar langsung tidak menyentuh mengenai isu-isu politik malah menekankan kepada keadilan dalam Islam dan kasih sayang.

Ciapan itu mendapat perhatian Anwar yang menjelaskan beliau mendapat jemputan daripada kariah masjid tersebut.

“Saya sentuh ttg buku saya “Keadilan Bagi Orang Yang Bersolat” Jadi ustaz harus terbuka dan dirikan hujah kerana Islam berdiri atas hujah, bukan hukum @UstAhmadDusuki,” jelas Anwar.

Tidak berakhir di situ, Dusuki pula memuatnaik status bertanyakan mengenai pentauliahan Presiden PKR itu.

“Hujahnya saudara @anwaribrahim ada tauliah atau tidak untuk berkuliah di atas masjid di Pulau Pinang tu? bukan payah utk di fahami?, soal Dusuki. – MalaysiaGazette

Anwar, Ahmad Dusuki 'perang' di Twitter 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list