Artikel Terkini

Apa Penyakit Tu? Anak Amar & Amyra Dijangkiti Kawasaki…Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini — MYKMU.NET

Apa Penyakit Tu? Anak Amar & Amyra Dijangkiti Kawasaki…Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini — MYKMU.NET
Apa Penyakit Tu? Anak Amar & Amyra Dijangkiti Kawasaki...Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini — MYKMU.NET 1

 

Apa Penyakit Tu? Anak Amar & Amyra Dijangkiti Kawasaki…Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini — MYKMU.NET

Apa Penyakit Tu? Anak Amar & Amyra Dijangkiti Kawasaki…Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini

LAPORAN mengenai anak perempuan pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli yang mengalami demam teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat virus kawasaki menjadi tumpuan.

Tidak hanya demam, tahap kandungan oksigen Ayra Aryssa yang baharu berusia dua tahun menurun secara tiba-tiba menambah kebimbangan.

Apa Penyakit Tu? Anak Amar & Amyra Dijangkiti Kawasaki...Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini — MYKMU.NET 3

Ramai juga melahirkan kebimbangan terhadap virus itu kerana namanya yang kedengaran asing dan timbul persoalan adakah ia mampu berjangkit kepada kanak-kanak yang lain?

Virus kawasaki sebenarnya adalah sejenis penyakit keradangan pada pembuluh darah yang dapat berkembang menjadi penyakit jantung sekiranya pesakit tidak menerima rawatan dengan segera.

Meskipun tidak dapat dipastikan punca virus itu berlaku namun kawasakii biasa menjangkiti kanak-kanak di bawah usia lima tahun dan akan menyerang bahagian mulut, kulit dan kelenjar.

Apa Penyakit Tu? Anak Amar & Amyra Dijangkiti Kawasaki...Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini — MYKMU.NET 4

Lidah menjadi merah dan badan dinaiki ruam antara gejala virus kawasaki.

Selain itu gelaja awal penyakit ini adalah kanak-kanak akan mengalami demam panas selain kulit mengalami ruam kemerah-merahan di hampir seluruh bahagian tubuh.

Sumber daripada MyHeart Community melaporkan virus itu pertama kali direkodkan pada 1967 di Jepun oleh Dr Tomisaku Kawasaki dan penyebab utama virus ini masih tidak dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Untuk mencegah keradangan pada dinding pembuluh darah jantung, penyakit ini perlu segera dirawat. Jika pesakit dapat dikesan dan menerima rawatan biasanya mereka dapat pulih dalam masa beberapa hari.

Suhu badan kanak-kanak yang dijangkiti kawasaki boleh mencecah 38-40 darjah celcius melebihi empat hari dan tidak boleh kebah menggunakan ubat demam biasa.

Simptom lain pula akan muncul dalam tempoh 14 hari sejak demam pertama berlaku. Berikut adalah gejala-gejala kanak-kanak telah dijangkiti virus kawasaki.

Apa Penyakit Tu? Anak Amar & Amyra Dijangkiti Kawasaki...Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini — MYKMU.NET 5

Bayi juga boleh mengalami masalah ini.

1. Kelenjar membesar terutamanya di bahagian leher

2. Tangan atau tapak kaki membengkak dan menjadi kemerah-merahan

3. Konjunktivitis, iaitu mata merah tetapi tidak berair

4. Lidah menjadi merah, bengkak dan bibir pecah

5. Ruam teruk pada kulit

6. Kemerahan pada tempat suntikan BCG di lengan

7. Kulit mengelupas pada hujung jari tangan dan kaki selepas dua minggu

Gejala-gejala tersebut datang dalam tiga peringkat berbeza dan malangnya virus itu boleh menyebabkan masalah jantung pada hari 10 hingga ke 14 selepas simptom pertama bermula.

Apa Penyakit Tu? Anak Amar & Amyra Dijangkiti Kawasaki...Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini — MYKMU.NET 6

Keadaan anak pasangan ini beransur pulih.

Manakala ada dalam kalangan pesakit lain boleh mengalami keradangan atau sakit sendi pada hari ke-25 virus itu menjangkiti kanak-kanak.

Bergantung kepada kecepatan mengesan dan rawatan, virus ini juga boleh berterusan sehingga lapan minggu sebelum benar-benar pulih.

Sementara itu, bagi ibu bapa, periksa suhu badan anak-anak ketika mereka demam. Sekiranya suhu tinggi dalam tempoh yang lama dan tidak pulih selepas diberikan ubat, segera bawa ke hospital.

Simptom lain juga perlu diperhatikan apatah lagi sekiranya anak berumur di bawah setahun.

Antara rawatan yang akan diberikan kepada pesakit adalah dengan memberi ubat Intravenous immunoglobulin (IVIG), aspirin dan kortikosteroid.

Apa Penyakit Tu? Anak Amar & Amyra Dijangkiti Kawasaki…Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji


Apa Penyakit Tu? Anak Amar & Amyra Dijangkiti Kawasaki...Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list