Artikel Terkini

ASUS Zenbook S 13 OLED, Komputer Riba Pilihan Buat Anda Yang Pentingkan Produktiviti

ASUS Zenbook S 13 OLED, Komputer Riba Pilihan Buat Anda Yang Pentingkan Produktiviti
ASUS Zenbook S 13 OLED, Komputer Riba Pilihan Buat Anda Yang Pentingkan Produktiviti 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sejak kebelakangan ini, dapat dilihat lambakan model komputer riba telah dilancarkan daripada pelbagai jenama di mana masing-masing mahu menghasilkan komputer riba yang berspesifikasi tinggi bagi memenuhi citarasa pengguna.

ASUS juga nampaknya tidak ketinggalan dan pada kali ini jenama ini tampil berbeza daripada kebiasaan dengan menawarkan sebuah model yang cukup unik menerusi model ASUS Vivobook S 13 OLED. Ini sebabnya mengapa model ini dilabel unik serta dikhususkan buat mereka yang mementingkan produktiviti.

Hadir dengan berat serendah 1 kilogram sahaja

ASUS Zenbook S 13 OLED, Komputer Riba Pilihan Buat Anda Yang Pentingkan Produktiviti 2

ASUS Zenbook S 13 OLED, Komputer Riba Pilihan Buat Anda Yang Pentingkan Produktiviti 3

Mungkin tidak banyak model di pasaran yang mampu menawarkan pakej lengkap bagi sebuah komputer riba untuk sebuah komputer riba bersaiz kecil dan ringan namun ASUS berjaya melakukannya.

Hadir dengan berat serendah 1 kilogram sahaja, ASUS Zenbook S 13 OLED dikhususkan buat mereka yang kerap bekerja tanpa mengira lokasi. Model ini berjaya dilengkapkan dengan saiz yang sangat kompak beserta ketebalan sekitar 14.9mm sahaja. Penggunaan material magnesium aluminium memastikan model ini kekal kukuh serta tampil premium.

Dilengkapi paparan 2.8K OLED NanoEdge Touchscreen

ASUS Zenbook S 13 OLED, Komputer Riba Pilihan Buat Anda Yang Pentingkan Produktiviti 4

Sebuah lagi ciri unik sekaligus membuatkan model ini berjaya dinobatkan sebagai komputer riba 13.3-inci dengan paparan OLED teringan dunia ini adalah penawaran paparan 2.8 OLED NanoEdge Touchscreen.

Dalam erti kata lain, pengguna bukan sahaja berpeluang menikmati paparan yang jelas dan terang menerusi model ASUS Zenbook S 13 OLED, malah bakal trt menggunakan stylus yang ditawarkan bersama untuk penggunaan yang lebih interaktif. Menarik bukan?

Dilengkapi spesifikasi memfokuskan produktiviti

ASUS Zenbook S 13 OLED, Komputer Riba Pilihan Buat Anda Yang Pentingkan Produktiviti 5

Dikhususkan buat mereka yang mementingkan produktiviti, sudah pastinya model ini sedia menawarkan spesifikasi optimum buat penggunanya. Menerusi model ASUS Vivobook S 13 OLED, komputer riba ini dilengkapkan dengan penggunaan processor AMD Ryzen™ 7 6800U.

Selain itu, model ini turut dibantu oleh sokongan RAM sehingga 16GB manakala storan yang ditawarkan pula adalah 1TB SSD. Pastinya dia lagi masalah lagging atau storan penuh sewaktu menggunakan model ini bagi menyelesaikan tugas. Dari segi sistem operasi, model ini hadir dengan Windows 11 Home beserta Microsoft Office Home dan Student 2021.

Harga

ASUS Zenbook S 13 OLED, Komputer Riba Pilihan Buat Anda Yang Pentingkan Produktiviti 6

Melihat kepada peningkatan harga komponen serta model barangan melibatkan PC dan komputer riba, pastinya agak sukar buat para pengguna dalam mendapatkan sebuah komputer riba yang serba lengkap namun masih mengekalkan tanda harga yang berbaloi untuk didapatkan.

Menerusi model ASUS Zenbook 13 S OLED, model ini sedia ditawarkan pada harga bermula daripada RM5,999 bagi varian processor AMD Ryzen™ 7. Sebanyak dua warna ditawarkan bagi model ini iaitu Ponder Blue dan Refined White.

Buat anda yang merupakan seorang pelajar, baru bekerja atau mahu mendapatkan komputer riba yang berbaloi buat kenalan anda, mungkin model ASUS Zenbook 13 S OLED antara yang wajar dijadikan pilihan. Ketahui lebih lanjut mengenai model ini dengan klik di sini.


ASUS Zenbook S 13 OLED, Komputer Riba Pilihan Buat Anda Yang Pentingkan Produktiviti 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list